CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 3

[Sarawak] Berebut, bergelut demi barangan terpakai

[Copy link]
Post time 27-1-2022 10:03 PM | Show all posts |Read mode


Kelihatan sekumpulan individu sedang menyelongkar tong RoRo yang disediakan oleh Trienekens di pusat kitar semula berhampiran Everise BDC.

KUCHING: Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengenai pusat kitar semula yang terletak berhampiran Everise BDC, di sini.

Ia apabila pusat kitar semula itu menjadi tumpuan sebilangan individu untuk mengambil barangan terpakai yang masih elok, yang dibuang di situ.

Malah, mereka akan berebut dan menyerbu sebaik sahaja kenderaan orang yang hendak membuang barang di situ berhenti.

“Saya sendiri juga pernah mengalami keadaan seperti itu (diserbu).

“Saya akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan mengenainya,” katanya yang dihubungi, hari ini.



Tangkap layar menunjukkan sekumpulan individu bergelut untuk mendapatkan barangan terpakai yang dibuang di pusat kitar semula berhampiran Everise BDC.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video yang tular hari ini, menunjukkan sekumpulan individu menyerbu sebuah kereta yang hendak membuang barangan terpakai di pusat kitar semula berkenaan.

Malah beberapa daripada mereka turut kelihatan bergelut bagi mendapatkan barangan tersebut.

Sementara, tinjauan ke pusat kitar semula itu hari ini juga mendapati kumpulan individu terbabit masih berada di situ.

Bahkan kelihatan mereka menyelongkar tong Rol-on Roll-off (RoRo) yang disediakan oleh Trienekens di situ, untuk mengambil pelbagai jenis barang yang dibuang.

Keberadaan mereka di situ bukan sahaja ketika siang tetapi juga pada waktu malam.

Malah, bilangan mereka hari ini kelihatan lebih ramai mungkin disebabkan banyak barang terpakai yang dibuang di situ memandangkan perayaan Tahun Baru Cina hampir tiba.


by suaraswk
January 27, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 04:17 AM | Show all posts
Rol-on Roll-off (RoRo)


baru tau.....

btw...kwn ader keje angkat roro dr genting...aq pernah lh minta roulette yg rosak kalo ader nk bikin koleksi...kwn kte mmg ade tp dh kena pecah(mmg sop kot)....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 04:54 AM | Show all posts
one man's tarsh, is another man's treasure.

di USA, di UK di Europe, byk tempat2 di mana garage kita or benda ygkita tak nak, kita letak di tempat2 tertentu dan akan ada orang yang datang mengambilnya dan menggunakan nya.
kami sendiri pernah terlibat. anak saya di germany, pergi ke tempat begini dan ambil small carpets dan 1 or 2 other things untuk bilik dia. bila dia habis belajar, dia tinggalkan periuk nasi dan few other things yg dah buruk dan lama.. tetapi ada sahaja org2 yg mengambilnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2022 12:03 AM | Show all posts
ipes2 replied at 27-1-2022 08:54 PM
one man's tarsh, is another man's treasure.

di USA, di UK di Europe, byk tempat2 di mana garage ki ...

sejak akhir2 ni mcm ramai jer
yang pi kerumah2 bukak tong sampah orang
mcm dah tak kisah or tak der rasa malu lagi
just cari brg yang boleh dijual untuk kelangsungan hidup

saya kalo nak buang kotak/plastik/tin
saya simpan asing2..

hari tu buang kipas kat luar haha tak sampai sehari dah hilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.064659 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list