CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 0

[Dunia] Jong-un bawa tandas sendiri bila keluar rumah

[Copy link]
Post time 27-1-2022 10:00 PM | Show all posts |Read mode

Kenderaan jenis Mercedes Benz yang sering digunakan Jong-un dipercayai memiliki sebuah tandas khas di dalamnya. - Express UK

Jong-un bawa tandas sendiri bila keluar rumah

PYONGYANG – Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un didakwa membawa tandas peribadi beliau ke mana-mana sahaja kerana tidak mempercayai tandas awam, lapor akhbar Mirror UK  kelmarin.

Diktator Korea Utara itu memiliki kemudahan membuang air di dalam setiap kenderaan miliknya dan hanya akan menggunakan tandas sendiri  setiap kali berada di luar kediaman.

Menurut sumber, Jong-un berkelakuan demikian kerana ingin memastikan najisnya dilindungi dan tidak disentuh, malah dilihat oleh sesiapa.

“Tandas dalam keretanya juga dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan sesiapa yang ditahan menggunakan kemudahan itu boleh dihukum bunuh.

“Mungkin ada maklumat rahsia mengenai tahap kesihatan yang boleh diketahui jika najisnya jatuh ke tangan orang luar,” ujar sumber.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, tahap kesihatan Jong-un menjadi topik hangat selepas  berat badan pemimpin tersebut turun dengan mendadak.

Pakar-pakar  kesihatan dunia pernah meramalkan Jong-un yang memiliki berat badan obes 139 kilogram dengan ketinggian yang agak rendah, berisiko mendapat serangan jantung pada bila-bila masa sahaja. – Agensi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.055923 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list