CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4106|Reply: 58

[Tempatan] Pinjaman kepada Genting Hong Kong tidak jejas aliran tunai bank kepentingan

  [Copy link]
Post time 27-1-2022 09:58 PM | Show all posts |Read mode

Mohamed Azmin bercakap selepas hadir meninjau kediaman penduduk yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height di sini. -Foto FARIZ RUSADIO

Pinjaman kepada Genting Hong Kong tidak jejas aliran tunai bank kepentingan

SHAH ALAM – Pemberian pinjaman tanpa cagaran oleh tiga buah bank tempatan kepada syarikat Genting Hong Kong yang memfaikan pengulungan perniagaan baru-baru ini tidak akan menjejaskan aliran tunai bank serta agensi-agensi kerajaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini berikutan Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini meningkat sebanyak 5.8 peratus sejajar dengan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF) sekitar 5.5 hinga 6.5 peratus.

Justeru, beliau yakin terhadap pertumbuhan tersebut bersama penjelasan yang diberikan Malayan Banking Berhad (Maybank) baru-baru ini mengenai ketahanan terhadap kesan penggulungan Genting Hong Kong.

“Saya menganggap penggulungan syarikat pelancongan dan perjudian antarabangsa itu tidak akan memberikan kesan kepada ekonomi negara.

“Maybank telah keluarkan kenyataan ia tidak akan berikan kesan, tetapi sekali lagi saya rasa MOF akan pantau situasi ini secara rapat.

“Setakat ini kenyataan daripada Maybank, tidak ada impak kepada kecairan (tunai) dan bank negara serta MOF akan mengambil tindakan untuk memastikan kecairan tunai kekal kukuh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor Pertama 2022 di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan tiga bank iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad dijangka terimpak dengan penggulungan Genting Hong Kong yang mempunyai pinjaman kira-kira 600 juta Dolar Amerika Syarikat (AS) (RM2.51 bilion).

Syarikat berkenaan kini berhadapan penggulungan sebelum pengerusinya Tan Sri Lim Kok Thay meletakkan jawatan pada 21 Januari lalu apabila mempunyai liabiliti bernilai lebih 2.7 bilion Dolar AS (RM11.3 bilion) menerusi anak syarikatnya di Jerman, MV Werften.

Dalam perkembangan berlainan, Mohamed Azmin berkata, kerajaan dijangka akan membelanjakan sebanyak RM8 bilion untuk pembangunan di Selangor menerusi Rancangan Boleh Pinda (Rolling Plan) 3 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ujarnya, jumlah peruntukan tersebut adalah untuk melaksanakan 205 projek pembangunan di negeri ini yang sudah pun diluluskan untuk dibawa ke Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana menteri.

“Ini termasuklah tebatan banjir melibatkan beberapa lembangan di Selangor serta dua projek ‘sakit’ iaitu pembinaan sebuah sekolah di Semenyih dan jambatan di Hulu Selangor.

“Kesan banjir baru-baru ini bukan sahaja beri kesan kepada rakyat tetapi juga ekonomi negeri dan negara. Kita mengambil maklum bahawa antara pusat aktiviti ekonomi yang pesat dan banyak industri, sektor perkilangan dan pembuatan di negeri ini,” katanya. -K!ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... i-bank-kepentingan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cruise Genting baru nak hidup balik lepas Pkp aritu, dah gulung tikar.
Nasib baik trip aku sempat belayar seminggu sebelum, kalau tak, naya pak karim
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Azmin Semburit yang bercakap memang lah akak takkan percaya!



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca ajelah.


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:57 AM | Show all posts
hoax ni. geng2 sepet tak pernah failed berniaga.

memang la tak terjejas (genting) sbb bank bagi loan tak bercagar. kira cuci tangan.

macam sepet amik PATI keje ramai2 keje dengan depa. pastu time nak bayar gaji report dan support IMIG untuk terjah kilang depa.

Boss tak perlu bayar gaji.. bulan depan ambil lagi PATI.. repeat and rinse sampai AJM

kes genting ni, bank pun tak terjejas.

sebab pelabur2 besar bank ni KWSP, ASB, PN, Khaz etc.. patutla berpeluh nak bagi i-CITRA

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah transfer duit out gara2 mendengar berita dr twidder.  Kesian nanti iols masukkan balik ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2022 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat 2b tu, x sampai 1% pun capital bank. Tapi yg bangsatnya bagi pinjam tak payah cagaran. Merasa la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Keluarkan duit masukkan kat affin lebih selamat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Main billion2 je skrg. Memalukan betoi la.. Awal2 tahun dah terpampang masuk world news..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 28-1-2022 04:24 PM
underground replied at 28-1-2022 08:57 AM
hoax ni. geng2 sepet tak pernah failed berniaga.

memang la tak terjejas (genting) sbb bank bagi loa ...


Memang KWSP tengah berpeluh dan mengelupur biawak sekarang ni, iaitu selama ni segala bagai pembohongan alasan yang di cipta untuk mengelakkan dengan tak benarkan pengeluaran secara One Off, rupa-rupanya ada skandal pinjaman kepada Genting Hong Kong yang di berikan oleh ketiga-tiga bank tersebut yang mana KWSP ada melabur dan saham di dalam ketiga-tiga bank tersebut so kalau betul tiada cagaran yang di beri kan alamatnya melingkup lah KWSP so si ZAFRUL sila jawab tapi jangan plak bagi jawapan yang dusta dan bohong plak ya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 05:22 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 28-1-2022 05:23 PM

.
https://www.bharian.com.my/bisne ... kepada-rm168-bilion - 2021/11 - untung-bersih-maybank-susut-kepada-rm1.68-bilion

Betul cakap Azmin Ali kerana Maybank untung bersih >RM1 billion tiap2 suku tahun = >RM6 bilion setahun. Rugi RM1 bilion dari pinjaman kepada Genting HK hanya akan kurangkan sedikit untung Maybank.

Sebaliknya, kerajaan buat polisi2 membolehkan bank2 Malaysia untung terlalu banyak dari Rakyat yang perlu pinjam dari bank untuk beli kereta, rumah/flat, dll. Ini tak adil.
.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 28-1-2022 09:09 AM
Setakat 2b tu, x sampai 1% pun capital bank. Tapi yg bangsatnya bagi pinjam tak payah cagaran. Meras ...

Pinjam tanpa cagaran eh. Mentang2 la ongkaya yg meminjam. Sy dulu nak beli kereta proton pesona pun husband jadi penjamin. Hujung2, si marhaein ni berjaya jugak habiskan hutang. Ongkaya? Hutang tak bayar, mufliskan diri. Apoo
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
@pengecatbintang : This topik neeeeds U..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x jejas kenapa CEO RHB letak jawatan????
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilerrr lerr
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:12 PM | Show all posts
anony-mous replied at 28-1-2022 06:56 PM
Kalau x jejas kenapa CEO RHB letak jawatan????

ni mmg dah lama nak dtg ghimau....
xde kena mengena dgn skandal ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 07:16 PM | Show all posts
new share issue pun blh je buat utk debt settlement....
pastu bagi free warrant,,,berduyun beli..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang nye bagi pinjaman tanpa cagaran ye....kwsp tu duit rakyat....kau bagi pulak kat company judi....celaka betul...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 28-1-2022 07:12 PM
ni mmg dah lama nak dtg ghimau....
xde kena mengena dgn skandal ni...

Dia asal dari rimau, pastu lari ker rhb jadik ceo, skrg lompat balik ke rimau..pun jadik ceo .. fuhhh mahhsyukkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:24 PM | Show all posts
pokokbunga replied at 28-1-2022 07:19 PM
Dia asal dari rimau, pastu lari ker rhb jadik ceo, skrg lompat balik ke rimau..pun jadik ceo .. fu ...

annual income jutaaaaaa..gila x mau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070117 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list