CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki tumbuk, ugut nak cederakan ibu saudara dipenjara

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-1-2022 02:00 PM




KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menumbuk dan mengugut hendak mencederakan ibu saudaranya gara-gara mangsa menegur perbuatannya yang menutup pintu dapur.


Tertuduh, Haniffah Abdullah, 26, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah sebaik pertuduhan di bawah 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada ibu saudaranya yang berusia 66 tahun.
Sementara itu bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak mencederakan mangsa sama.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukannya dalam satu kejadian pada 21 Disember 2021, jam lebih kurang 9.15 pagi di kediaman mereka sekeluarga di Kampung Telaga Air, Jalan Matang, di sini.
Berdasarkan keterangan kes, mangsa ditumbuk di bahagian muka sebelah kiri oleh tertuduh gara-gara mangsa menegur dan bertanya kenapa tertuduh menutup pintu dapur.
Dalam kejadian sama juga, tertuduh mengugut hendak mencederakan tubuh badan mangsa sehingga menyebabkan mangsa berasa trauma dan takut.
Difahamkan, tertuduh dan mangsa tinggal serumah sejak dia kecil dan ini bukan kali pertama kejadian sedemikian berlaku terhadap mangsa.
Justeru, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Untuk perbuatan itu, Majistret Zaiton Anuar menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, penjara lima bulan.

Zaiton bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dikuatkuasakan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 24 Disember 2021.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

utusanborneo.com.my/2022/01/27


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051047 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list