CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

[Sarawak] Curi pagar keluli tahan karat, dua sekawan didenda

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:52 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Perbuatan dua sekawan yang mencuri pagar keluli tahan karat dan menjualnya dengan tawaran dan upah sebanyak RM65 membawa padah apabila mereka didenda RM2,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zaiton Anuar juga memerintahkan tertuduh Abdul Hafiz Jimi, 38 dan Nizam Rahmat, 27, untuk dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua lelaki tersebut didakwa secara bersama mencuri 18 keping pagar keluli tahan karat milik Kuarters Gunasama Persekutuan Kuching, pada 21 Januari lalu, jam lebih kurang 10.43 pagi.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut keterangan kes, seorang penghuni kuarters melaporkan kepada individu yang bertanggungjawab menjaga kawasan kuarters tersebut bahawa terdapat dua orang lelaki yang tidak dikenali berada dalam keadaan mencurigakan mengetuk dan membuka kepingan pagar jenis keluli tahan karat di belakang kuarters tersebut.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua tertuduh mengaku telah membuka kepingan keluli tahan karat kepunyaan kuarters tersebut untuk dijual setelah mendapat tawaran dan upah sebanyak RM65 daripada seorang kawan yang dikenali sebagai Abit.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM300.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.069495 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list