CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Sarawak] Simpan motosikal curi, lelaki warga asing dipenjara dan denda

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:51 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Padah menyimpan sebuah motosikal curi, seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
   
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah Markos Hanki, 26, dari Indonesia mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
   
Di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan serta tidak melebihi lima tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
   
Menurut keterangan kes, sekitar jam 10.30 pagi, 13 Januari lalu, dua anggota polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Bakam telah menahan seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.
   
Polis yang membuat pemeriksaan lanjut mendapati motosikal itu pernah dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 26 April 2021 dari kawasan sebuah kebun di Sungai Rait, Bakam di sini.
   
Ketika disoal siasat awal polis, tertuduh gagal memberikan alasan munasabah bagaimana dia boleh memperolehi motosikal itu.
   
Berikutan itu, motosikal tersebut kemudian dirampas untuk dijadikan barang kes dan tertuduh ditangkap serta dibawa ke Balai Polis Pusat Miri kerana dengan curang telah menerima atau menyimpan sebuah motosikal curi.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list