CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ugut anak saudara guna parang dipenjara

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:49 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Ugut anak saudara menggunakan sebilah parang panjang, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret.
   
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh dia ditangkap pada 8 Januari lalu.
   
Muhammad Nuri Fadilah Abdullah Kibung, 35, dari Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap anak saudaranya, Alexander Pengiran Mathias, 20, dengan menunjukkan sebilah parang panjang dengan niat menakutkan mangsa.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 pagi, 8 Januari lalu di rumah keluarganya di Jalan Kuching Timur 3 Taman Tunku di sini.
   
Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Hasil siasatan lanjut yang dilakukan polis mendapati sebelum kejadian, tertuduh telah bertindak merampas sebuah telefon bimbit milik pengadu (anak saudara), namun pengadu berjaya merampas semula telefon tersebut daripada tertuduh.
   
Tertuduh yang marah terus mengambil sebilah parang panjang bersarung dan menuju ke arah pengadu.
   
Semasa berada di hadapan pengadu, tertuduh telah menarik parang itu daripada sarungnya namun perbuatannya itu telah dihalang oleh seorang saudaranya.
   
Berikutan itu, pengadu telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
   
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.



utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.471353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list