CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Sabah] Tiga kluster pendidikan baharu, Sabah terus catat peningkatan kes harian COVID-19

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:48 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan tiga lagi kluster pendidikan baharu dan merekodkan penambahan sebanyak tujuh kes harian menjadikam 342 kes keseluruhan semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kluster pendidikan Jalan Kiulu diisytiharkan di Tuaran dan indeks kes adalah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Kiulu yang berumur 14 tahun.

“Indeks kes mula bergejala pada 17 Januari sebelum menjalani ujian saringan di klinik berdekatan dan didapati positif.

“Seramai 14 individu positif dikesan hasil saringan kontak rapat dan punca jangkitan masih lagi dalam siasatan, bagaimanapun pihak JKNS membuat kesimpulan awal ianya berpunca dari pergaulan dalam asrama,” katanya.

Masidi berkata kluster institusi pendidikan juga tercetus di Keningau iaitu Kluster Puri Seberang Keningau membabitkan seorang pelajar perempuan berumur 18 tahun di SMK Keningau 1 sebagai indeks kes.

“Pelajar mula bergejala pada 20 Januari namun hanya memaklumkan kepada pihak sekolah pada 26 Januari sebelum pihak sekolah menjalankan ujian saringan dan 19 pelajar didapati positif.

“Kluster institusi pendidikan juga tercetus di Lahad Datu sebagai Kluster Jalan Terusan membabitkan indeks kes pelajar Tingkatan satu di Asrama SMK Terusan.

“Indeks kes tersebut mula bergejala pada 20 Januari sebelum memaklumkan kepada pihak sekolah pada 23 Januari sebelum disahkan positif dan hasil saringan kontak rapat mencatatkan 10 individu positif,” katanya.

Tambahnya kesemua yang terlibat bagi tiga kluster ini adalah dalam kategori satu dan dua dan sudah menerima rawatan sewajarnya.

Dalam pada itu katanya jangkitan baharu pada jumlah yang agak tinggi disetiap daerah agak membimbangkan dengan enam daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang tinggi.

“Kota Kinabalu mencatatkan 60 kes diikuti Sandakan 40 kes, Kota Marudu 34 kes, Beaufort 34 kes, Tuaran 33 kes dan Putatan 24 kes.

“Secara keseluruhan, 11 daerah mencatatkan kes baharu dua angka, 10 daerah mencatatkan kes satu angka dan 6 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.

Tambahnya sebanyak 38 kes atau 11.11 peratus adalah angka yang disumbangkan melalui saringan tujuh kluster aktif, dengan tiga daripadanya adalah kluster baharu.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.052461 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list