CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Sabah] Adrian Lasimbang Presiden Pertubuhan Suara Anak Sabah yang baharu

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:46 PM | Show all posts |Read mode


WATIKAH: Adrian (empat kanan) menerima watikah pelantikan daripada Nancy (tengah) pada majlis itu.

KENINGAU: Mantan Senator Dewan Negara Adrian Lasimbang kini menerajui Pertubuhan Suara Anak Sabah berikutan pelantikannya sebagai presiden pertubuhan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi pertubuhan berkenaan pada 26 Januari lepas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Suara Anak Sabah Haryady Antutu berkata, Adrian seorang aktivis orang asal yang cukup berpengalaman dan terkenal dalam pergerakan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

Katanya, pelantikan berkenaan tentunya mampu menyumbang banyak idea dalam menjalankan program kemasyarakatan dan membawa isu rakyat khususnya berkenaan hak-hak anak Sabah.

Adrian dalam ucapannya berkata, beberapa isu penting yang boleh diangkat oleh pertubuhan itu antaranya isu tanah adat orang asal, ekonomi golongan petani dan isu hangat baru-baru ini berkenaan perdagangan karbon melalui Perjanjian Pemeliharaan Alam Sekitar (NCA) yang mencetus kontroversi.

Beliau turut mencadangkan untuk menganjurkan program jelajah ke seluruh Sabah bagi menerangkan inti pati perjanjian berkenaan dan bagaimana ia boleh memberikan impak baik dan buruk kepada masyarakat khususnya komuniti yang masih bergantung kepada hasil hutan bukan kayu balak.

Pertubuhan Suara Anak Sabah adalah NGO yang ditubuhkan sebagai satu platform untuk menyuarakan isu-isu rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan menjalankan program membela hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan itu termasuklah memberi taklimat dan pendedahan berkaitan hak asasi orang asal Sabah dan isu semasa yang penting bagi rakyat Sabah.

Selain itu, pertubuhan berkenaan juga menumpukan program membantu golongan petani, wanita dan belia dengan menganjurkan kursus berkaitan peningkatan ekonomi dan seterusnya mereka keluar dari kemiskinan.

Acara ringkas penyampaian watikah pelantikan Adrian disampaikan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Suara Anak Sabah Nancy Lau.

Adrian mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Presiden Pertubuhan Suara Anak Sabah Clive Ilon dan berharap golongan belia dan veteran di bahagian pedalaman dan daerah lain untuk menyertai perjuangan pertubuhan demi masa depan generasi akan datang.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065229 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list