CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan diminta bantu penduduk Batu 2 Sandakan

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:43 PM | Show all posts |Read mode


MOHON BANTUAN: Penduduk mohon kerajaan negeri bantu dapatkan rumah.

SANDAKAN: Kerajaan negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah diminta untuk membantu rakyat yang diarah keluar dari kediaman mereka di penempatan setinggan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong berkata penduduk di penempatan setinggan di Batu 2, di sini telah menerima arahan untuk mengosongkan kediaman mereka.

“Penduduk di sini telah menerima notis daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 10 Januari lalu supaya mereka mengosongkan kawasan tersebut dalam tempoh 14 hari.

“Arahan itu berikutan tapak tersebut telah diluluskan Jabatan Tanah dan Ukur untuk pembangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anib 2 dan SK Tanjung Papat 2,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Calvin berharap Ketua Menteri Sabah dapat memberikan perhatian berkenaan masalah tersebut supaya penduduk di situ terutamanya warga tempatan dapat pembelaan.

“Kerajaan diminta memberi kelulusan kepada penduduk tempatan yang tinggal di penempatan setinggan untuk mereka memohon rumah mampu milik,” katanya.   

Katanya, arahan mengejut itu sudah tentu membuatkan rakyat menjadi panik dan terdesak untuk mencari kediaman baharu yang selamat.

“Penduduk di kawasan tersebut bukanlah orang yang senang dan mudah mendapatkan sumber kewangan untuk mencari rumah baharu.

“Justeru, kerajaan diminta bantu rakyat di situ, sekurang-kurangnya memberikan kelulusan permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah mampu milik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar lebih banyak lagi perumahan mampu milik diwujudkan di negeri ini bagi membantu golongan B40 dan M40 memiliki kediaman sendiri.

Calvin berkata, pembinaan perumahan mampu milik khususnya di Sandakan adalah satu keperluan bagi mengatasi penempatan setinggan di tanah yang tidak direzab.

“Sekiranya ingin melaksanakan perobohan penempatan setinggan, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak perumahan PPR atau rumah mampu milik secepatnya,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076044 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list