CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Sabah] Belia Semporna teruja dapat bantuan melanjutkan pengajian

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:28 PM | Show all posts |Read mode


SURAT TAWARAN: Adam (tengah) menyaksikan pemberian surat tawaran kepada belia Semporna yang berjaya melanjutkan pengajian.

SEMPORNA: Seramai 12 orang belia di daerah ini yang telah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerima sumbangan yuran pendahuluan daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Senallang.

Rata-rata bakal Mahasiswa berkenaan menzahirkan rasa syukur menerima sumbangan tersebut kerana ia dapat meringankan bebanan keluarga mereka.

Mohd Nazrin Mohd Nasir, 19, sangat teruja kerana berjaya melanjutkan pengajian diploma dalam bidang pelancongan.

“Saya sangat berterima kasih kepada UPPM Senallang kerana berusaha menjalinkan kerjasama dengan pihak universiti dalam memberikan pendidikan kepada belia di daerah ini.

“Selain itu, pihak UPPM turut memberikan bantuan kewangan berupa yuran pendahuluan untuk kami memulakan pengajian,” katanya.

Katanya, peluang melanjutkan pengajian ini adalah impian kami terumatanya dalam bidang pelancongan kerana membantu daerah Semporna terus mengungguli sektor pelancongan di dunia.

“Saya akan berusaha menghabiskan pengajian dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menyumbang sesuatu untuk daerah Semporna,” katanya.

Bagi Nor Asia Fadilah Wati Abdul Mulai,21, pula turut berasa teruja dapat menyambung pengajian Sarjana Muda dalam bidang pelancongan.

Katanya, keputusan melanjutkan pengajian dalam bidang ini memang sudah lama diidamkan kerana mudah mendapat pekerjaan dan mahu menyumbang sesuatu untuk daerah Semporna.

“Memandangkan daerah Semporna adalah destinasi pelancongan terkenal di dunia, sudah pasti pilihan bidang ini sangat tepat.

“Saya akan pastikan dapat memajukan lagi sektor pelancongan di daerah ini kelak dan mampu melakukan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut bertima kasih kepada UPPM Senallang kerana membantu belia di daerah ini terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Senallang, Adam Shah Mohammad berkata pihaknya sangat bersyukur kerana dapat berkolaboratif dengan pihak universiti.

Katanya, bantuan yang diberikan itu adalah atas inisiatif pihaknya untuk melihat belia di daerah ini melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Matlamat kita adalah mahu memastikan semua belia di sini mendapat pendidikan tinggi supaya mereka dapat membantu memajukan daerah Semporna pada masa akan datang.

“Justeru, UPPM Senallang mengambil peluang untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak universiti agar lebih ramai belia di sini dapat melanjutkan pengajian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program jelajah dan taklimat pendidikan bersama Kolej Universiti Yayasan Sabah, di sini semalam.

Adam berkata, pihaknya akan meneruskan program kolaboratif ini pada masa akan datang bagi memastikan matlamat semua belia Semporna mendapat pendidikan tinggi tercapai.

“Masalah belia yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian akan dibawa ke peringkat atasan supaya lebih ramai lagi yang boleh dibantu.

“Selain itu, kami juga akan memperhalusi lagi jenis-jenis bantuan yang akan diberikan pada masa akan datang kepada belia,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053068 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list