CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 598|Reply: 8

[Politik] Walau 'underdog' PN tak beri UMNO laluan mudah

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Walau 'underdog' PN tak beri UMNO laluan mudah


Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

PAGOH: Perikatan Nasional (PN) tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menunjukkan rakyat menolak parti berkenaan perlu diambil kira.

"Saya ambil pendirian bahawa walaupun PN 'underdog', kita tidak boleh memberi laluan mudah kepada UMNO untuk membentuk kerajaan negeri begitu sahaja.

"Saya mengingatkan dalam PRU pun mereka kalah dan dapat dilihat orang Johor sudah bertindak begitu yang membuktikan mereka (rakyat) peka tentang apa yang mereka mahu," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan tindakan yang dilakukan Ketua Bahagian BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang yang keluar parti tidak menjejaskan parti berkenaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tindakan berkenaan tidak memberi apa-apa kesan kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah terbubar.

"Mana maruah dia, mengapa dia bersikap begitu dan baru sekarang hendak cakap soal itu ini. Boleh jadi dia sudah tahu tidak akan menjadi calon mungkin.

"Dia nak masuk UMNO? Dia fikir UMNO akan calonkan dia? Bagi saya apa yang dia buat sudah tidak penting kerana kalau dia cakap awal-awal sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar, itu cerita lain.

"Sekarang ini sudah tidak jadi apa dan hanya tinggal sejarah sahaja lah. Dia nak keluar dan bawa dua orang (ADUN)? Kenapa tidak 200,000 orang?" katanya.

Beliau mengulas tindakan Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Putri Wangsa yang melepaskan jawatan dalam parti serta-merta dan memberi sokongan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Muhyiddin berkata, Mazlan sepatutnya tidak mengambil langkah berkenaan kerana bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Johor itu juga memegang jawatan exco dalam kerajaan negeri.

"Kita ini bukan pendendam tetapi wajarnya beliau yang duduk sebagai EXCO dalam kerajaan kononnya atas nama BERSATU memikirkan di manakah pendirian dia.

"Dia perlu memikirkan apakah langkah diambil itu tidak dianggap sebagai musuh dalam selimut," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... i-umno-laluan-mudah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersatu nih lagi la pelik...dah penat2 lwn umgok dpt jd gomen, ujong2 tidur sebantal dgn umnok, sekali umnok sailang terus terduduk, skrg nak lwn umnok balik.....ini semua kerja gila kata samy vellu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:05 AM | Show all posts
Firenzza replied at 27-1-2022 10:02 PM
Bersatu nih lagi la pelik...dah penat2 lwn umgok dpt jd gomen, ujong2 tidur sebantal dgn umnok, seka ...


namanya pun kerajaan 69


atau ni semua rancangan yg berbelit belit


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:17 AM | Show all posts
yelah abah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:28 AM | Show all posts


tapi ujong2 tuduh Bangnon yg gila kuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:31 AM | Show all posts
Ni bukan underdog, ni terus dog
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi MB Johor banyak penggal jadi PM banyak isu..Tak sabar nak tengok isu apa dia nak bawk keluar .
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa PNtek nk lawan umngok? Korang dlm Federal kan satu geng? Bodoh ke apa masing2? Abahcow dh jadi bengong ke otak lembam sbb kehilangan jwtan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 28-1-2022 01:56 PM
Kenapa PNtek nk lawan umngok? Korang dlm Federal kan satu geng? Bodoh ke apa masing2? Abahcow dh jad ...

bkn pernh berlaku kek Swak ke dol??? kawan kat pusat..lwn kat negeri(dun).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.066704 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list