CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Sabah] Seorang maut dua parah kemalangan di Pekan Sook

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:23 PM | Show all posts |Read mode


REMUK: Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas pertembungan di Jalan Batu 18 Keningau- Sook di sini.

KENINGAU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Batu 18 Keningau- Sook di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata kejadian jam 3.40 petang berlaku apabila kenderaan jenis sedan dinaiki mangsa bertembung sebuah lori.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Keningau menuju ke Sook.

“Kenderaan mangsa kemudiannya hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori di laluan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya sambil menambah pengguna jalan dinasihat untuk lebih berhati-hati dalam pemanduan bagi mengelakkan kemalangan.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menjalankan operasi mengeluarkan mangsa di dalam lori menggunakan peralatan kebombaan.

“Dua pemandu serta kelindan lori mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital oleh pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pemandu kenderaan sedan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya sambil menambah mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tambahnya operasi ditamatkan jam 4.06 petang.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051591 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list