CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Sarawak] Limbang catat hasil jualan tertinggi PJKM selepas Kapit

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-1-2022 01:06 PM



Pulnama (dua kanan) pada PJKM hari ini.

LIMBANG: Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Siri Pertama yang diadakan Disember tahun lalu di daerah ini berjaya merekodkan RM60,000 hasil jualan iaitu yang kedua tertinggi di Sarawak selepas Kapit.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian, Pulnama Tarah berkata program dua hari yang diadakan itu berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Sambutan masyarakat di Limbang terhadap PJKM Siri Pertama begitu baik dengan kehadiran kira-kira seribu orang pengunjung sehari.

“Limbang merekodkan kedua tertinggi hasil jualan  mencecah RM60,000 selepas Kapit pada PJKM Siri Pertama Disember tahun lalu,” katanya kepada media pada PJKM Siri Kedua Tahun 2022 di tapak Tamu Khamis dan Jumaat di sini hari ini.

Pulnama berkata PJKM disertai empat peniaga bersama rakan strategik di daerah ini dengan menawarkan barangan asas lebih murah hingga 20 peratus.

Pulnama berkata PJKM yang dilaksanakan serentak di seluruh negeri itu sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dari kalangan berpendapatan rendah.

“PJKM sangat membantu rakyat dalam menangani isu kenaikan harga barang dan bagi mengurangkan kos sara hidup serta beban rakyat.

“Program ini juga dirancang untuk dilaksanakan dua kali sebulan di lokasi yang akan ditentukan dan diumumkan kelak,” katanya.

Tumpuan PJKM adalah di kawasan penduduk B40 dan M40 di seluruh negara.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056240 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list