CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Tempatan] Berang diberi notis KKM, pemilik premis acu kapak kepada penguat kuasa

[Copy link]
Post time 27-1-2022 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Berang diberi notis KKM, pemilik premis acu kapak kepada penguat kuasaFMT Reporters -

January 27, 2022 8:45 PM




Polis sudah mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan 186 Kanun Keseksaan. (Gambar Rawpixel)


PETALING JAYA: Berang selepas premisnya dikenakan notis, seorang lelaki mengacukan dua bilah kapak terhadap anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kejadian di sebuah pusat perniagaan di Kampung Koh, Lumut, Perak, kelmarin.

Dalam kejadian 9.30 malam, suspek berusia 56 tahun dikatakan tidak berpuas hati selepas pihak berkuasa mengeluarkan notis kerana tidak mematuhi amalan kebersihan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi, berkata selain itu suspek juga menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa terlibat.
“Kejadian berlaku ketika empat pegawai KKM ke lokasi tersebut untuk membuat penguatkuasaan pemantauan premis makanan dan mendapati berlaku pelanggaran peraturan.

“Notis tersebut dikeluarkan kerana premis makanan suspek didapati tidak bersih, selain kukunya panjang dan memakai cincin ketika menjalankan perniagaan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Nor Omar berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam masa terdekat. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam serta Seksyen 186 kanun sama iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060995 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list