CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 2

[Tempatan] SPRM tahan pengarah penguat kuasa disyaki minta rasuah tender pembersihan

[Copy link]
Post time 27-1-2022 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-1-2022 04:39 AM

SPRM tahan pengarah penguat kuasa disyaki minta rasuah tender pembersihanFMT Reporters -

January 27, 2022 7:02 PM





Difahamkan wang tersebut diterimanya dari Julai 2019 hingga Mac 2021 bagi membantu pihak tertentu mendapatkan tender pengurusan pembersihan awam daripada syarikat pembersihan di Kedah. (Gambar AFP)



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pengarah penguat kuasa sebuah agensi kawal selia kerana disyaki meminta dan menerima rasuah hari ini.

Individu tersebut merupakan seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan pada 12 tengah hari di sebuah lokasi di Cyberjaya. Penahanan itu dibuat kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada seorang individu dengan menggunakan orang tengah.

Difahamkan wang tersebut diterimanya dari Julai 2019 hingga Mac 2021 bagi membantu pihak tertentu mendapatkan tender pengurusan pembersihan awam daripada syarikat pembersihan di Kedah,” kata sumber menurut laporan Utusan Malaysia.

Tangkapan itu dipercayai merupakan lanjutan daripada penahanan lebih 25 individu pada pertengahan bulan ini bagi membantu siasatan terhadap kes mengemukakan penyata akaun palsu beberapa syarikat untuk memasuki tender dalam sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara tanah air.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kes tersebut kerana pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Relevan lagi ke espiarem??
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
'saya tiada masa nak layan isu rasuah,saya nak tumpukan kerja2 pembersihan'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.053156 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list