CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 8

[Tempatan] Warga emas diperdaya Macau Scam 'hangus' RM1 juta

[Copy link]
Post time 27-1-2022 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas diperdaya Macau Scam 'hangus' RM1 juta


Foto hiasan

Kuala Lumpur: Wang simpanan hasil sewa rumah milik seorang wanita warga emas sebanyak RM1 juta lebur selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Telekom Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 67 tahun semalam mengenai penyamaran pegawai syarikat telekomunikasi terbabit.

Menurutnya, suri rumah terbabit menerima panggilan itu pada 15 Januari lalu yang mendakwa maklumat peribadinya digunakan oleh pihak lain untuk pendaftaran talian dengan syarikat berkenaan dan mempunyai tunggakan baki bayaran.

"Panggilan mangsa kemudiannya disambungkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dalam perbualan itu, mangsa dimaklumkan bahawa namanya terbabit dalam jenayah narkotik dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001, kemudiannya dinasihatkan untuk membuat transaksi pemindahan wang berjumlah RM1 juta ke tujuh akaun yang diberikan bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Mahidisham berkata, mangsa cuba untuk menghubungi semula 'pegawai polis' terbabit selepas memindahkan wang itu namun gagal.

"Berasakan tertipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cam-hangus-rm1-juta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi. Balik2 berita sama. Bosanla. Acik2 ni mmg xreti baca newspaper ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai scammer cari mangsa
Semua yg jota2
Bank pun x kesah kan transfer hampir 1j dlm 7acc bbeza.
Hebat bukannnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Husnuzon, mungkin andartu forever tak ada siapa nak tolong nasihat
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 10:29 PM
Husnuzon, mungkin andartu forever tak ada siapa nak tolong nasihat

Surirumah la dei.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
1juta tu from 1acc ke a few? Bahaya nya la.. x call ank ke husband dulu tanya ke cmna.
Bukan senang nak simpan duit zaman skarang.  Sungguh bukan rezeki dia la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 27-1-2022 10:26 PM
Pandai scammer cari mangsa
Semua yg jota2
Bank pun x kesah kan transfer hampir 1j dlm 7acc bbeza.


Mesti ada org dalam bank yg involved juga..klu tidak knp mrk yg byk duit je yg kena..dan bank2 pun mcm x reti2 nak ambil tindakan....hati i yg jahat ni nak je tuduh org besar bank pun ntah2 terlibat juga....it has been years yet it cannot be resolved   cikai sgt ke sistem keselamatan bank2 kat msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
laki acik ni keje apa? huntung la jd housewife pun ada sejuta dlm akaun bank
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 27-1-2022 10:26 PM
Pandai scammer cari mangsa
Semua yg jota2
Bank pun x kesah kan transfer hampir 1j dlm 7acc bbeza.

Nak kesah apa..bank pun kena scam dengan genting hong kong..bukan duit dia pun hilang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.093756 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list