CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1402|Reply: 9

[Tempatan] Bekas pemain gitar kumpulan rock, adik ditahan ketika 'lalok'

[Copy link]
Post time 27-1-2022 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Bekas pemain gitar kumpulan rock, adik ditahan ketika 'lalok'


BEKAS pemain gitar kumpulan rock dan adik ditahan dalam operasi AADK. FOTO Ihsan AADK

Petaling Jaya: Bekas pemain gitar kumpulan rock popular ditahan bersama adiknya ketika sedang 'lalok' di sebuah studio rakaman di sini, semalam.

Kedua-dua individu berusia 46 dan 26 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Petaling bermula jam 9 malam.

Ketua AADK Daerah Petaling Mazlinna Kassim berkata, ketika ditahan pihaknya turut menemui beberapa bungkusan ketulan mampat daun kering yang disyaki dadah jenis ganja.

"Dadah seberat 343 gram itu dipercayai untuk diedarkan kepada penagih dadah di sekitar daerah ini.

"Kedua-dua suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, dalam operasi sama, Mazlinna berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki yang terbabit dalam penagihan dadah di sekitar Shah Alam.

"Ujian saringan yang dijalankan ke atas dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan seorang positif dadah jenis opiat.

"Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... itahan-ketika-lalok

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi la hint lagu diaa kalau yg sendu tkyah la sebut penyanyi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur tak kena mandi janazah
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:36 PM | Show all posts
ada gambo kat dinding, tapi masih x boleh nak kenal pasti
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Who r yusssss?

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
genUmi replied at 27-1-2022 08:36 PM
ada gambo kat dinding, tapi masih x boleh nak kenal pasti

Gambar tu mcm kumpulan ekspidisi. Rambut panjang2 ikal mayang kuruih2 orgnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 27-1-2022 08:41 PM
Gambar tu mcm kumpulan ekspidisi. Rambut panjang2 ikal mayang kuruih2 orgnya.

Haah mcm poster xpdc
Tp studio tu sapa2 pun bleh sewa kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
genUmi replied at 27-1-2022 08:36 PM
ada gambo kat dinding, tapi masih x boleh nak kenal pasti

Gaya kumpulan xpdc..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak ni musti Ebby Yus dengan Norlia Ghani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.080570 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list