CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2235|Reply: 33

[Dunia] Kayaq Mr. Bean - 7 bulan menyamar doktor pelatih di Australia, wanita Malaysia didenda RM29,743.59

[Copy link]
Post time 27-1-2022 06:29 PM | Show all posts |Read mode


7 bulan menyamar doktor pelatih di Australia, wanita Malaysia didenda RM29,743.59
January 27, 2022

TIDAK lama dulu kita dikejutkan dengan lelaki menyamar sebagai pegawai perubatan di pusat pemberian vaksin, kali ini wanita pula bertindak menjadi doktor pelatih di Australia.

Ia membabitkan seorang bekas pelajar perubatan berusia 27 tahun yang dikatakan mempertaruhkan nyawa pesakit sebuah hospital di Sydney apabila melakukan latihan praktikal selama tujuh bulan secara haram.



Daily Mail melaporkan wanita berkenaan melakukan praktikal tanpa berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peraturan Pengamal Kesihatan Australia (APHRA) dari 8 Januari hingga 9 Ogos 2021 di Hospital Bankstown-Lidcombe, New South Wales.

Difahamkan wanita itu yang dikenali sebagai Lee gagal dalam enam disiplin teras pada tahun terakhirnya dalam pengajian perubatan di Universiti New South Wales (UNSW).

Bagaimanapun, sebelum gagal dan diberhentikan daripada menamatkan pengajian ijazah perubatannya pada Oktober 2020, Lee telah memohon untuk menjalani latihan praktikal pada Jun 2020.

Pada Januari 2021, dia ditawarkan latihan di Hospital Bankstown-Lidcombe. Lee bagaimanapun gagal mengisytiharkan dia tidak layak atau berdaftar pada 18 Januari 2021.

Di mahkamah, Majistret Glenn Bartley menolak alasan Lee bahawa dia "keliru" apabila dia ditawarkan latihan dan berkata pelajar itu berbohong "hari demi hari, syif demi syif".

"Jika dia benar-benar keliru, dia akan mendapat nasihat," kata Bartley.



Bartley menambah bahawa wanita itu sengaja mengelirukan hospital dan terus bekerja dengan tidak jujur seperti membiarkan nombor pendaftarannya kosong pada pelbagai borang penilaian.

Pada bulan Februari, dia dilihat berprestasi rendah dan diletakkan di bawah pengawasan dan bimbingan yang lebih, dan menyelesaikan 126 syif 'mempertaruhkan nyawa pesakit dan kakitangan.

Selepas statusnya diketahui pada 9 Ogos, dia mula-mula mengisytiharkan dia 'menunggu dokumentasi' daripada pihak universiti.

Peguam bela Lee, Razia berkata anak guamnya didapati kurang berprestasi menjelang Februari dan diletakkan di bawah pengawasan dan bimbingan tambahan.

Pengawasan tambahan bermakna Lee tidak membuat keputusan mengenai rawatan pesakit dan tidak berurusan dengan mereka secara eksklusif.

Peguam itu juga mempersoalkan bagaimana kesilapan itu tidak dapat diambil lebih awal oleh kakitangan hospital.

Majistret membalas bahawa hospital itu sudah terlalu sibuk dengan pandemik Covid-19 dan tidak boleh dipersalahkan.

"Di hospital awam, risiko tidak diawasi dari minit ke minit, satu kesilapan boleh membawa kepada kes kematian yang paling teruk," kata Bartley.

Dalam pembelaannya, Lee mengemukakan kepada mahkamah bahawa dia berada di bawah tekanan kewangan dan sosial yang melampau, yang membawa kepada keadaan

Lee memberitahu 9News bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan perkara itu.

"Ia agak cuai pada mulanya dan juga sedikit tekanan sosial.

"Saya menghampiri usia 30 tahun dan saya rasa seperti terdapat sedikit tekanan sosial daripada masyarakat," kata Lee.

Semasa temu bual, dia memohon maaf kepada semua pesakit yang dia bantu merawat, terutamanya jika apa-apa berlaku kepada mereka akibat tindakannya.

Dia menambah bahawa keluarganya telah membelanjakan lebih AUD300,000 (RM900,000) untuknya melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan.

Walaupun majistret berkata dia masih tidak berpuas hati dengan beberapa alasannya.

Lee didenda sebanyak AUD10,000 (RM 29,743.59)dan diarahkan membayar kos guaman APHRA sebanyak AUD3,400 (RM10,200) serta menjalani rawatan kesihatan mental di bawah ICO.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ecce homo qui est faba
finis partis primae
pars secunda
vale homo qui est faba

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
God's mysterious ways:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2022 06:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayap pala nenek kau

Momod2 CI..tolong jangan butakan mata dengan perkataan2 indon di forum msia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala bapak kau!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak de kes ngan patients. Kalo tak, tambah satu lagi saman.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents pakse sgt anak jadi doktor..labur rm 900k..bkn keluarga b40 ni..alih2..terus jadi Ting tong cmni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kayaq?pokok nya... jangan dibakar..asap di indon...jerebu di malaysia...mbak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 07:29 PM | Show all posts
kayaq? apa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 27-1-2022 07:29 PM
kayaq? apa tu?

Yang ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kes anak tak berapa boleh bawak dipaksa jugak ke apa..Lepas ni balik msia sure parents dia pulaukan dia .
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 07:38 PM | Show all posts

ooo... untunglah mr bean naik kayak kat ostolia
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 07:31 PM
Yang ni

Haaaa ini la kayak yg sebenarnya
Skit lg forum ni pun diclaim indon
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb baik kedapatan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cheezel at 27-1-2022 10:10 PM

Blk melesia jgn nk berlagak plk. Dok ostolia pn gagal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cheezel replied at 27-1-2022 10:08 PM
Blk melesia jgn nk berlagak plk. Dok ostolia pn gagal

Kt msia pun ramai Dr palsu katanya.....mcm dr jijan semang, dr falsley, dr sam rasputing,  dr wak jahit tu x tau la u mana yg bagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2022 07:31 PM
Yang ni

Tt gigih nak kayak kot.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:24 PM | Show all posts
Tak cukup buat perangai kat AU border dan ladang buah, tambah lagi masalah kt hospital...

Tp iols rasa budak ni betul ada masalah mental..depressed dgn harapan makpak dan org keliling sampai terpaksa buat gitu sbb xnak dilihat sbg loser

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:47 PM | Show all posts
pelik kan takkan kekawan  dia tak mcm lapor atau bantu dia , ni mental health issues yg serious ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.081772 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list