Mufti Perlis saran solat istikharah sebelum ambil dos penggalak
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | | 27 Januari 2022
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan individu yang layak mengambil suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga atau dos penggalak supaya terlebih dahulu melakukan solat istikharah sebelum membuat keputusan untuk menerima suntikan berkenaan.
Beliau yang sebelum ini turut mencadangkan penangguhan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengulangi kebimbangannya terhadap kesan bakal dialami oleh penerima suntikan dos tersebut.
“Dos pertama dan kedua keperluan. Dos ketiga, mungkin membawa kebaikan atau mungkin juga pembaziran dan penderitaan.
"Pastikan keselamatan diri sebelum melangkah pergi. Istikharah dahulu sebelum keputusan diambil,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis.
Mohd Asri sebelum ini memaklumkan bahawa penangguhan pemberian dos penggalak perlu dilakukan kerana ia dibimbangi mempunyai kesan serius terhadap kesihatan penerima yang mengambil suntikan berkenaan.
Post time 27-1-2022 06:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seblm cucuk vaksin mmg i buat istikharah..thats why ckplah 2 dos..x mo dah ambil penggalak .klu x bg blk kg pun i redha je lah....x blh blk...my families will come to my place mcm 2021....
Post time 27-1-2022 06:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Friska replied at 27-1-2022 06:11 PM
Maaf cakap, lucu juga ya, mau vaksin aja harus pakai solat istikharah segala. Udah kayaq milih jodoh ...
Amboi mbak friska apa yg lucu nya. Asal nak berlaki berbini berbf bergf je ke buat solat istikarah? Ramai je orang buat solat istikarah untuk diberikan petunjuk, bukan hanya untuk jodoh. Kerja ke pelajaran ke etc etc untuk buat pilihan terbaik.
Post time 27-1-2022 06:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 27-1-2022 06:39 PM
Munkin juga.
Bagi saya setiap kejadian adalah takdir, dan tiada siapa yang boleh lari dari takdir ...
Jujurin keligs2 saya umur 50an setakat ini semuanya sihat belaka selepas ambil booster. Sorang pun takda kena AEFI. Saya doakan yang terbaik untuk semua yang memilih ambik covid vaksin dan booster.