CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Sarawak] KPDNHEP Limbang guna kaedah penyamaran pantau harga telur ayam

[Copy link]
Post time 27-1-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode


Pulnama (dua kanan) menyerahkan sijil penyertaan kepada seorang peniaga yang menyertai PJKM hari ini.

LIMBANG: Kaedah penyamaran digunakan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke premis yang didapati menjual harga telur ayam gred A, B dan C melebihi harga kawalan ditetapkan.

Ketua KPDNHEP Limbang, Pulnama Tarah berkata peniaga tidak seharusnya menaikkan harga terlalu tinggi ketika Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHM) Tahun Baharu Cina dikuatkuasakan.

Setakat ini beliau memberitahu pihaknya tidak menerima aduan berhubung kenaikan harga telur dan meminta orang awam untuk membuat aduan dan kaedah penyamaran akan digunakan di premis yang dikenal pasti.

“Masyarakat diminta membuat aduan dengan menyatakan premis mana dan harga yang dikenakan, kita akan mengambil tindakan kerana peniaga tidak boleh menawarkan harga terlalu tinggi ketika musim kawalan harga sekarang,” katanya ketika ditemui media pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Siri Kedua di tapak Tamu Khamis dan Jumaat di sini hari ini.

Pulnama menjelaskan lagi KPDNHEP menetapkan harga telur ayam yang pada masa ini merupakan barang kawalan pada harga RM0.47 sen sebiji iaitu RM14.10 setray bagi gred A, RM0.45 sen sebiji (RM13.50 setray) bagi gred B manakala gred C RM0.43 sebiji (RM12.90 setray).

Tegasnya, peniaga yang didapati melakukan kesalahan berkenaan boleh diambil tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta dikenakan penalti.

Dalam perkembangan sama katanya pihaknya sentiasa berusaha meningkatkan bekalan dan masalah kekurangan telur ayam kembali pulih selewat-lewatnya sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

“Bekalan telur ayam diperoleh dari pembekal di Kuching, Sibu dan Miri dan pembekal ini memberi jaminan penghantaran stok telur ayam termasuk penambahan bekalan dilakukan selewat-lewat hujung minggu ini atau minggu depan,”katanya.

Bagaimanapun, jelasnya penghantaran bekalan tetap mengikut jadual sama seperti sebelum ini namun permintaan tinggi ketika musim perayaan menyebabkan berlaku kekurangan bekalan.

Pada masa ini katanya Limbang mempunyai dua pemborong utama telur ayam di daerah ini dengan kapasiti bekalan telur ayam adalah sebanyak 8,000 setray iatu masing-masing 4,000 setray.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051269 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list