CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Sarawak] MDLBS keluar notis arah penduduk perumahan roboh reban ayam

[Copy link]
Post time 27-1-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode


Sempurai (dua kanan) mengetuai operasi tersebut pada Rabu.

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) mengeluarkan notis 14 hari kepada tujuh penduduk di kawasan seliaannya, supaya meroboh reban haiwan ternakan di kawasan kediaman mereka.

Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai berkata notis itu dikeluarkan dalam satu operasi pada Rabu kerana melanggar Seksyen 28 (4) (a) Undang-undang Kebersihan.

Sempurai yang mengetuai operasi itu mendedahkan sebanyak tiga pasukan terdiri lebih 20 anggota termasuk polis, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) serta Pejabat Veterinar Sibu, memeriksa reban dan sangkar ayam yang dibina secara haram oleh penduduk di kawasan perumahan Sibujaya, Kemuyang, dan Bougainvilla.

“Majlis mengeluarkan notis 14 hari untuk mereka meroboh reban dan sangkar ayam yang dibina di rizab jalan bertentangan dan di halaman rumah mereka.

“Menternak lebih lima ekor ayam di belakang rumah tanpa kebenaran majlis adalah satu kesalahan di bawah Seksyen (4) (a) Undang-undang Kecil Kebersihan. Mereka mesti mendapatkan kebenaran majlis untuk menternak sementara tidak lebih daripada lima ekor untuk kegunaan sendiri terutamanya ketika ibu dalam pantang dan perayaan.

“Sesiapa yang didapati menternak ayam di hadapan dan di belakang rumah boleh dikenakan kompaun mengikut undang-undang kebersihan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau dan timbalannya Wong Ching Yong sebelum ini sudah menasihatkan pemilik ternakan ayam akan mengambil tindakan sekiranya gagal meroboh reban haiwan ternakan mereka.

Selain itu, MDLBS sebelum ini juga telah banyak menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai isu gangguan bau busuk dan lalat, yang berpunca daripada penternakan di belakang rumah ini.

“Operasi seumpama ini adalah untuk mendidik orang ramai tentang keperluan menjaga kebersihan persekitaran dan mengelakkan sebarang penternakan ayam di halaman dan di hadapan rumah mereka.

“Penternakan haiwan di belakang rumah juga menimbulkan masalah kesihatan selain mengganggu jiran daripada bau najis dan juga lalat,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.480264 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list