CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Kedah] Dua beranak ditahan bersama ganja 8,990g

[Copy link]
Post time 27-1-2022 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Dua beranak dicekup polis kerana memiliki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 8,990 gram dalam serbuan di tepi jalan di Kampung Teluk, Sungai Layar, Sungai Petani, petang Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada 2 petang.

Beliau berkata, pihaknya menahan sebuah kereta Proton Saga di lokasi serbuan dan menahan dua lelaki tempatan disyaki tokan dadah.

"Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sembilan ketulan mampat dibaluti plastik lutsinar dan aluminium foil disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 8,990g.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM22,500 dan hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek pertama berusia 75 tahun positif dadah manakala suspek kedua berusia 52 tahun pula negatif dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Taufik berkata, kedua-dua suspek itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan mempunyai pertalian keluarga iaitu bapa dan anak.

Beliau berkata, susulan tangkapan dan rampasan dadah, pihaknya turut menyita harta kedua-dua saspek iaitu wang tunai bernilai RM1,012.

"Mereka direman selama tujuh hari mulai 25 Januari lalu hingga 31 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kejayaan ini hasil usaha JSJN Kedah dalam memastikan aktiviti pengedaran dadah berjaya ditumpaskan," katanya.

Dalam pada itu, polis sentiasa memerlukan kerjasama serta pembabitan masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di sekeliling mereka kepada pihak polis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.186943 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list