CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Pulau Pinang] Memandu berbahaya, bekas pekerja salun dipenjara 3 tahun, denda RM10,000

[Copy link]
Post time 27-1-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Memandu berbahaya, bekas pekerja salun dipenjara 3 tahun, denda RM10,000

Oleh Nur Izzati Mohamad - Januari 27, 2022 @ 3:07pmbhnews@bh.com.my




Vaitheswaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD



BUKIT MERTAJAM: Bekas pekerja salun yang didakwa memandu secara berbahaya di Jambatan Pulau Pinang hingga menyebabkan kematian seorang pelajar kolej tiga tahun lalu selepas keretanya terhumban ke laut, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang bertindak sebagai majistret selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap M Vaitheswaran,23, di akhir kes pembelaan.

Ahzal Fariz turut memerintahkan tambahan 12 bulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda, selain lesen memandu tertuduh digantung selama lima tahun.

Pada November tahun lalu, Vaitheswaran diarah membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya.

Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Nazri Abdul Rahim, manakala Vaitheswaran diwakili peguam, K Paramanathan.

Ketika prosiding, Paramanathan merayu kepada mahkamah supaya hukuman lebih ringan dikenakan terhadap anak guamnya.

Katanya, sejak anak guamnya didakwa di mahkamah, dia menganggur selepas lesen memandunya digantung dan menjadi trauma mengingati insiden yang menimpa rakannya yang maut dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri memohon mahkamah menetapkan hukuman lebih berat kerana kes itu adalah kepentingan awam dan dilaporkan secara meluas oleh media.

Katanya, kegagalan tertuduh mengakui jenayah itu dari awal juga menyebabkan membazirkan masa mahkamah dan kos pendakwaan.

Susulan itu, Ahzal Fariz kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya serta orang lain supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan.

Pada 20 Januari 2019, Vaitheswaran didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu Yun Peng menghala Perai di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang, terhumban ke laut.

Dalam kejadian jam 2.54 pagi itu, Vaitheswaran yang dikatakan memandu Toyota Vios berlanggar dengan SUV dipandu Yun Peng di atas jambatan berkenaan menyebabkan SUV itu hilang kawalan dan terjunam ke laut.

Susulan itu, Vaitheswaran didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda sehingga RM20,000 dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun daripada sabitan.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.291394 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list