CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 4

[Tempatan] Laporan Penghantaran Makanan 2021. Foodpanda #1, Grab #2 dan ShopeeFood #3. Rakyat belanja RM6.72 bilion

[Copy link]
Post time 27-1-2022 03:13 PM | Show all posts |Read mode
FoodPanda Menerajui Pasaran Penghantaran Makanan Di Malaysia Dengan Pegangan 49%, Diikuti GrabFood 48%
Diterbitkan pada 27 Jan 2022. oleh Aman.



Momentum Asia kini telah menerbitkan laporan tahunan mereka berkenaan dengan industri penghantaran makanan di rantau Asia Tenggara, sekaligus turut berkongsi data untuk pasaran Malaysia.

Melalui data yang diterbitkan, ia memperlihatkan pasaran penghantaran makanan pada tahun 2021 di Malaysia menyaksikan perbelanjaan mencapai RM6.72 bilion.

FoodPanda dilihat menerajui pasaran Malaysia dengan pegangan sebanyak 49%, dan diikuti oleh GrabFood pada 48%. Kedua-duanya dilihat bersaing rapat untuk pasaran tempatan. Pada kedudukan ketiga adalah ShopeeFood yang baru ditawarkan di Lembah Klang sahaja, pada pegangan sebanyak 3%.

Platform AirAsia Food dilihat tidak tersenarai dalam tiga teratas di Malaysia, mahupun rantau Asia Tenggara.

Secara keseluruhan, untuk rantau Asia Tenggara, GrabFood dilihat menerajui pasaran penghantaran makanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai yaumul akhiroh akak takkan guna Food Panda
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 04:33 PM | Show all posts
Nasib tak termasuk dalam statistik tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak mintak moratorium, keluar epf mcm rakyat ni malaysia ni lah yang paling terkesan, terhimpit, terbangsat kan? Bodo punya ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak motor macam celaka langgar traffic light, bawak laju, bawak zigzag.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.067317 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list