CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 2

Pertama Kali Jumpa, Hana Nadira Takut Tak Sekepala Dengan Shaheizy Sam

  [Copy link]
Post time 27-1-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Hana Nadira meluahkan rasa teruja dapat bergandingan bersama aktor kegemarannya iaitu Shaheizy Sam dalam drama bersiri terbaharu, Take CTRL.


Pertama kali bertentang mata di set penggambaran, Hana, 36, berkata Sam seorang yang menyenangkan dan sangat mudah memberikan kerjasama dengan pelakon lain.




Foto: mStar Online




"Ini ada lakonan pertama saya dalam drama bersiri, itu sudah cukup membuatkan saya gementar. Tapi yang lebih membuatkan saya nervous apabila kena berlakon dengan Shaheizy Sam yang memang dah lama saya minat sejak filem Polis Evo lagi.


"Sebelum masuk set tu saya takut juga... boleh 'masuk' ke kami nanti, sekepala ke tak? Tapi Alhamdulillah dia sangat chill dan mengalu-alukan kedatangan saya. Hari pertama dah rasa senang bekerja dengan dia.


"Dia banyak melawak dan sepanjang penggambaran itu memang enjoy sahaja. Dia juga tak lokek berkongsi tips lakonan dan peramah dengan semua orang di set," katanya kepada mStar.


Hana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Take CTRL di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.




Foto: mStar Online




Dalam pada itu, Hana mengakui berlakon di hadapan kamera lebih mencabar berbanding beraksi di pentas teater.


"Sebelum ini saya banyak berlakon teater sahaja antaranya Uda dan Dara, Romeo & Juliet dan banyak lagi... kalau dapat tawaran berlakon drama pun bawa watak cameo sahaja.


"Memang banyak beza berlakon siri televisyen dengan teater... bagi saya berlakon untuk TV ni lebih susah sebab kalau teater kita berlatih dua atau tiga bulan sebelum persembahan.


"Drama TV macam ni memang tak ada latihan, kena terus shoot sahaja, kita juga kena siap bersedia untuk buat mana-mana babak yang diminta oleh pengarah," ujarnya.


Selain Shaheizy Sam dan Hana Nadira, Take CTRL turut menampilkan Faiz Najib, Sry Khairudin, Farid, Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan Jenn Chia.


Ia akan mula ditayangkan bermula Sabtu ini pukul 9 malam di saluran TA-DAA! -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 03:08 PM | Show all posts
OO..melayu ingt cina
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 02:41 AM | Show all posts
Ala tak lawa.
Kalau lawa, bolehla harap dia caras Sam dari Tilla bingit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060175 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list