CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 2

Jumpa Dengan Tan Sri Annuar Musa, Zizan Razak Nak Terjun Ke Bidang Politik?

  [Copy link]
Post time 27-1-2022 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Zizan Razak menafikan perjumpaannya bersama Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini adalah bersifat politik.


Menurut Zizan, perjumpaan tersebut langsung tiada kena mengena dengan sebarang agenda politik sebaliknya mereka membicarakan mengenai situasi semasa dan hala tuju industri seni tanah air.


Foto: IG




“Saya memang respek dan kagumi apa yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa. Beliau datang berjumpa saya untuk bertanya tentang situasi keseluruhan industri seni kita ketika ini.


“Saya pun telah kongsikan segalanya kepada beliau. Sama ada daripada aspek prosedur kerja, masa kerja, bayaran artis, tugas-tugas wartawan dan banyak lagi.


“Saya juga ada berbincang mengenai isu royalti. Royalti ini biasanya hanya melibatkan para penyanyi tetapi untuk para pelakon mungkin kurang diperkatakan.


“Bila filem-filem kami ditayangkan di pawagam, kami dapat hasilnya tapi bila di tv, perkara sama tidak berlaku,” katanya kepada MH.




  



Pelakon filem, Abang Long Fadhil ini berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media pengenalan filem, Rompak yang berlangsung di Finch KL, The Westin Kuala Lumpur pada Rabu.


Dalam pada itu, Zizan mengakui dirinya berasa amat teruja kerana perkongsiannya itu mendapat reaksi positif daripada pihak kerjaaan.




  



“Saya pun gembira kerana beliau memang ingin memberikan fokus terhadap permasalahan-permasalahan yang berlaku di industri kita.


“Beliau juga ingin tahu kepedihan dan kesakitan yang dilalui oleh setiap anak seni. Bukan sekadar populariti dan soal kewangan sahaja. Saya rasa perkara yang pedih ini juga beliau patut tahu,” katanya lagi.


Zizan berkongsi foto pertemuannya bersama Tan Sri Annuar sewaktu beliau berkunjung ke restorannya baru-baru ini. -CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Famousnya restoran dia dgn kunjungan vip. Ari tu noh omar skrg annuar musa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
HAHA. Haha. But hm tetiba pulak tengok flizzow gang dgn dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054911 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list