CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Perlis] Enam ditahan, ganja bernilai lebih setengah juta ringgit dirampas

[Copy link]
Post time 27-1-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Enam lelaki ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar daerah ini Isnin lalu yang turut menyaksikan 270 ketulan mampat ganja bernilai RM668,300 dirampas.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, kejayaan susulan risikan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Perlis berhubung kegiatan pengedaran dadah jenis ganja yang menjadikan negeri ini sebagai transit.

"Dalam serbuan pertama sekitar 8.30 pagi, polis mengesan dua lelaki dalam sebuah trak pikap Ford Ranger yang mencurigakan di Jalan Tuanku Syed Putra, Kangar menuju ke Alor Setar.

"Pemandu yang menyedari mereka diekori polis cuba melarikan diri dan dikejar sejauh 10 kilometer sebelum kenderaan suspek terbabas dan melanggar tepi sebuah rumah di Kampung Lat, Simpang Empat.

"Dua suspek berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan sementara pemeriksaan ke atas kenderaan menemukan ganja seberat 266.29 kilogram bernilai RM665,725," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini hari.

Surina berkata, sejam kemudian polis menyerbu sebuah rumah di Seriab, Kangar dan menemukan ganja seberat 1.03 kilogram bernilai RM2,575 yang disembunyikan di bawah lantai, Turut ditahan tiga lelaki berusia 28 hingga 45 tahun ditahan untuk membantu siasatan.


POLIS merampas 270 ketulan mampat ganja bernilai lebih setengah juta selepas memberkas enam lelaki dalam tiga serbuan pada Isnin lalu. FOTO Aizat Sharif

"Polis kemudian pergi ke sebuah rumah di Kampung Utan Ibus, Kuala Perlis dan menahan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai turut terbabit dalam sindiket pengedaran ganja itu," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati suspek yang ditahan adalah 'transporter' yang diupah sebanyak RM6,000 hingga RM7,000 untuk membawa bekalan ganja berkenaan ke Kuala Lumpur untuk diedarkan.

"Kita percaya dadah yang dirampas ini diperoleh daripada Thailand dimana sindiket menjadikan Perlis sebagai transit sebelum diedarkan ke Kuala Lumpur.

"Nilai rampasan ganja ini mampu membekalkan kepada 532,580 penagih dadah di seluruh ibu kota.

"Selain itu, sindiket ini juga dipercayai sudah beroperasi sejak November tahun lalu dan kemasukan dadah ini juga dipercayai menggunakan jalan laut menggunakan bot persendirian," katanya.

Surina berkata, suspek yang ditahan ini bekerja sebagai penganggur, buruh, petani dan mekanik dan selain trak pikap, polis turut merampas dua motosikal Yamaha Nouvo dan Suzuki Smash.

"Ujian saringan air kencing suspek juga mendapati kesemuanya positif dadah dan berdasarkan semakan rekod jenayah lampau juga mendapati lima daripada suspek ini mempunyai rekod bersabit kesalahan dadah dan curi.

"Kesemua suspek itu direman sehingga 31 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.237682 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list