CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 478|Reply: 0

Omicron hidup selama 21 jam pada kulit

[Copy link]
Post time 27-1-2022 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

TOKYO: Varian Omicron dikesan mampu kekal hidup pada permukaan plastik selama lapan hari dan 21 jam pada kulit manusia.

Berdasarkan kajian, kadar kelangsungan hidup Omicron didapati adalah lebih lama berbanding varian membimbangkan (VOC) yang lain sebelum ini seperti Alpha, Beta, Gamma dan Delta.

Kajian yang dimuat naik menerusi prapenerbitan dan belum melalui penilaian bersama itu menganalisis perbezaan kestabilan persekitaran virus antara strain asal COVID-19 dari Wuhan dan semua VOC.

Hasil kajian menunjukkan VOC Alpha, Beta, Delta dan Omicron mempunyai kadar kelangsungan hidup dua kali ganda lebih lama pada permukaan plastik dan kulit manusia, berbanding strain Wuhan.

Malah, empat jenis VOC itu masih mempunyai daya kebolehjangkitan sekiranya kekal pada permukaan kulit menjangkau tempoh 16 jam.

Omicron dapat hidup selama 21.1 jam pada model kulit mayat manusia, disusuli virus Wuhan (8.6 jam), Gamma (11 jam) dan Delta (16.8 jam).

Kelangsungan hidup varian Alpha pula ialah 19.6 jam, manakala Beta didapati hampir sama iaitu 19.1 jam.

"Varian Omicron mempunyai kadar kestabilan persekitaran tertinggi dalam kalangan VOC.

"Kadar kestabilan yang tinggi ini berkemungkinan antara faktor di sebalik kebolehan Omicron menggantikan varian Delta dan menular pada kadar lebih cepat," kata penyelidik dari Kyoto Prefectural University of Medicine di Jepun.

Selain itu, pasukan penyelidik mendapati Omicron mampu hidup 193.5 jam atau kira-kira lapan hari pada permukaan plastik (polistirena), iaitu tiga kali ganda berbanding strain asal (56 jam), varian Gamma (59.3 jam), Delta (114 jam) dan Beta (156.6 jam).

Hanya varian Alpha mempunyai kadar kelangsungan hidup pada permukaan plastik yang hampir sama dengan Omicron, iaitu 191.3 jam.

Pasukan penyelidik berkata, kadar kestabilan persekitaran yang tinggi dalam kalangan VOC berupaya meningkatkan risiko jangkitan dan menyumbang kepada penularan varian.

Meskipun varian Alpha, Beta, Delta dan Omicron merekodkan peningkatan daya rintangan terhadap etanol, kajian terbaharu itu mendedahkan bahawa kadar kelangsungan hidup VOC pada permukaan kulit hanya mampu bertahan dalam tempoh 15 saat selepas terdedah kepada cecair pembasmi kuman berasaskan alkohol.

Sehubungan itu, pasukan penyelidik amat menggalakkan amalan penjagaan kebersihan tangan dan kekerapan penggunaan cecair pembasmi kuman dengan kepekatan alkohol bersesuaian, seperti dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kajian ini juga memperakui beberapa kekangan seperti perkaitan antara jumlah virus yang masih kekal pada permukaan dan risiko jangkitan yang belum dapat ditentukan.

Justeru, pasukan penyelidik berkata, nilai kadar kelangsungan hidup VOC pada permukaan tertentu sewajarnya dijadikan perangkaan rujukan. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059020 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list