CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 4

[Dunia] Teksi terbang. Target bina 200 hab di 65 negara tak lama lagi

  [Copy link]
Post time 27-1-2022 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Urban-Air Port Ingin Membina 200 Lapangan Teksi Terbang Di 65 Negara Dalam Masa Lima Tahun
Diterbitkan pada 27 Jan 2022. oleh Effi Saharudin.

Teksi terbang semakin hampir menjadi realiti dengan syarikat seperti EHang dan Volocopter telahpun menunjukkan prototaip mereka sedia digunakan di dunia sebenar. Tetapi antara halangan yang perlu diatasi ialah mengintegrasikan lapangan terbang teksi terbang dengan bangunan sedia ada ditengah-tengah bandar.



Urban-Air Port sebuah syarikat tunas rintis dari United Kingdom telah mengumumkan mereka menerima suntikan dana dari Supernal untuk membina 200 hab pengangkutan udara di 65 negara. Supernal ialah syarikat yang dahulunya adalah sebahagian daripada bahagian mobiliti udara Hyundai. Urban-Air Port menyasarkan rancangan mereka dapat direalisasikan dalam masa lima tahun sahaja lagi.

Kesemua hub pengangkutan udara Urban-Air Port boleh menempatkan tempat mendarat untuk teksi terbang dan juga dron mengangkut kargo yang dijangka meningkat kepopularan mereka pada kadar 9% setahun.



Supernal sendiri mempunyai harapan melancarkan kenderaan mobiliti udara mereka menjelang 2028 dengan prototaip Hyundai S-A1  diperlihatkan pada tahun 2020. Tidak seperti Volocopter dan Ehang, Supernal tidak pernah memperlihatkan konsep lapangan teksi terbang mereka sebelum ini. Dengan pelaburan ke atas Urban-Air Port, mereka boleh menumpukan perhatian kepada penghasilan kenderaan terbang sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan bergerak atas jalanraye yang ade garisan pon boley eksiden putus kepale.  Inikan pulak nak verangan jadi pilot..  
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 12:51 PM | Show all posts
Makin susah memandu dijalanraya bukan hanya kena alert depan belakang kiri kanan sekarang kena tambah atas pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2022 12:58 PM | Show all posts
ATC akan control ka laluan trafik?
kalau tak, masing2 teksi main ikut suka ja nak lalu sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Prebet sapu tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058406 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list