CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua ditahan curi diesel bersubsidi

[Copy link]
Post time 27-1-2022 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Dua ditahan curi diesel bersubsidi
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 27 Januari 2022


Salah seorang pegawai KPDNHEP Pulau Pinang sedang memeriksa pam minyak di stesen minyak berkenaan.


GEORGETOWN- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah menahan dua individu kerana dipercayai menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi iaitu minyak diesel.


Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata, selain penahanan itu, pihaknya turut menyita 2,800 liter minyak diesel, sebuah lori serta dua unit telefon bimbit untuk siasatan lanjut.


Menurutnya, dua individu berkenaan adalah seorang lelaki iaitu pemandu lori berusia 30-an dan seorang wanita penjaga stesen minyak berusia lingkungan 40-an.


Katanya, kedua-dua individu warga tempatan itu ditahan pada jam 6.30 pagi, Rabu di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.


"Serbuan dilakukan oleh lima pegawai ke atas sebuah stesen minyak selepas risikan selama sebulan dijalankan susulan aduan orang awam mengenai kegiatan berkenaan.


"Ketika serbuan dijalankan, didapati sebuah lori 'tanker' sedang mengisi minyak diesel bersubsidi ke dalam tangki lori dengan menggunakan dua nozel di pam stesen minyak tersebut.


"Kemudiannya, minyak diesel tersebut dipam masuk ke dalam 'tanker' lori. Pemeriksaan melalui resit belian mendapati, lori berkenaan telah membuat pengisian minyak diesel bersubsidi sebanyak RM6,582.85 dalam tempoh kurang 40 minit," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.



Sebuah lori dan 2,800 liter diesel disita oleh KPDNHEP Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.


Katanya, susulan daripada itu, pihaknya menahan dua individu tersebut untuk disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.


"Jika sabit kesalahan, mereka yang bersalah boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


"Bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya," katanya.


Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi, akan diambil tindakan tegas.


Orang awam diminta menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi kepada KPDNHEP untuk diambil tindakan.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-diesel-bersubsidi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059834 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list