CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima penarik kereta bergaduh ditahan

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Lima penarik kereta bergaduh ditahan

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 27, 2022 @ 9:11ambhnews@bh.com.my




Seramai lima daripada kira-kira 20 individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, sudah ditahan polis. - Foto Ihsan Pembaca



GEORGETOWN: Polis menahan lima daripada kira-kira 20 individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan ketika kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.

Kejadian itu turut tular di laman sosial menerusi rakaman video oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, berlaku kemalangan membabitkan lori membawa muatan mozek dan dua kenderaan lain pada jam 2 petang.

Menerusi siasatan awal, Soffian berkata, pergaduhan membabitkan pekerja penarik kereta itu berlaku akibat salah faham berkaitan urusan menarik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

"Anggota Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal sebelum mendapatkan bantuan anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

"Ketika anggota MPV dan URB tiba di lokasi kejadian, semua individu berkenaan sudah melarikan diri," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, setakat ini seramai lima lelaki warga tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun sudah ditahan di sekitar Georgetown, di sini, semalam.

"Polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu iaitu topi keledar dan pengunci motosikal (motorcycle fork lock)," katanya.

Menerusi video tular berdurasi 0:27 saat itu, memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di atas lebuh raya berkenaan.

Pergaduhan itu berlaku di laluan bertentangan kemalangan dan menghala ke pusat Bandaraya.

Beberapa pengguna lebuh raya yang melalui laluan itu turut memperlahankan kenderaan mereka dan difahamkan berlaku kesesakan di kedua-dua arah jalan raya berkenaan.

Kerja pembersihan serpihan mozek yang bertaburan turut membabitkan pekerja dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.072541 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list