CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1894|Reply: 12

Bisnes Fazura Maju Didukung ‘Besties’, Pecah Rekod Tertinggi Jual 200,000 Helai Tudung!

[Copy link]
Post time 27-1-2022 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bergaul dengan rakan-rakan positif dan berada dalam lingkungan mereka yang menyenangkan sebenarnya membantu kita agar tidak banyak mengeluh, meski kadang kehidupan ini sangat sulit diperjuangkan. Bertuah Fazura kerana sepanjang berkecimpung di gelanggang perniagaan, beliau sentiasa dikelilingi ‘besties’ yang saling mendorong satu sama lain.
Memenuhi jemputan eksklusif – An evening with Fazura & Besties di Hotel Mandarin Oriental pada Sabtu, penulis teruja berkongsi semangat para stokis dan ejen yang kesemuanya berbaju hitam, lengkap Tudung Fazura.
Majlis makan malam gala #MilikSemua itu julung kali diadakan selepas pandemik dengan mengumpulkan semua tulang belakang Fazura termasuk ahli keluarga tercinta. Kelihatan Fattah Amin dan anak, Nur Fatima Aisya turut hadir menyerikan majlis bersejarah tersebut.
Bakal berusia 39 tahun, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura sudah mula menceburi dunia bisnes sejak dahulu lagi. Kecintaan beliau terhadap fesyen melahirkan jenama House of Doll di Bangsar, sebelum namanya ditukar kepada Fazbulous.
Kini bisnes Fazura berkembang pesat menjadi produk gaya hidup dan Muslimah yang hebat. Beliau juga melahirkan Fazbulous, Tudung Fazura, Fazura Skincare dan Fazura Beauty yang boleh didapati melalui stokis-stokis di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, selain secara online.
“Alhamdulillah antara produk yang paling laris tentulah Tudung Fazura yang pernah mencapai rekod jualan tertinggi untuk satu koleksi sebanyak 200,000 helai.” Fazura
Dengan jumlah lebih 4,000 orang ejen dan dropship berdaftar, Fazura kelihatan semakin matang dan yakin menerajui bisnesnya ke tahap tertinggi!
“Malam ini memang didedikasikan untuk semua. Faz sememangnya sangat berbangga dengan kejayaan Besties yang sama-sama mendukung rangkaian produk yang diasaskan seperti hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan, Fazura Beauty, serta rangkaian fesyen dan aksesori, Fazbulous.
Majlis keraian ini adalah satu penghargaan untuk Besties saya semua sepanjang pembabitan saya dalam bidang keusahawanan ini dan kerana itulah saya memilih slogan ‘Milik Semua’ kerana saya mahu ramai orang menikmati rangkaian produk saya dengan harga mampu milik yang sesuai untuk semua.” Fazura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:49 AM | Show all posts
alhamdulillah.. rezki sheol. tp iols blom try lg tudung dia.. prasan org pakai jer. ke mebi iols tak pkai tudung bawal.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Best tudung fazura. X payah beriya menggosok. Lebar pun ngam. Org badan besar still can cover dada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
scarflicious replied at 27-1-2022 10:12 AM
Best tudung fazura. X payah beriya menggosok. Lebar pun ngam. Org badan besar still can cover dada.

Betul tu. Pastu senang nak bentuk. Takyah tiup awning
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 01:49 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 27-1-2022 10:58 AM
Betul tu. Pastu senang nak bentuk. Takyah tiup awning

nak try jugak ni..ai memang penggemar bawal..sebelum ni beli tudung ruffle, bawal exclusive dan bawal house jer..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
watie79 replied at 27-1-2022 01:49 PM
nak try jugak ni..ai memang penggemar bawal..sebelum ni beli tudung ruffle, bawal exclusive dan ba ...

Try la sis. So far ok la utk yg mls nk gosok tudung mcm i
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2022 03:05 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 27-1-2022 03:02 PM
Try la sis. So far ok la utk yg mls nk gosok tudung mcm i


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
watie79 replied at 27-1-2022 01:49 PM
nak try jugak ni..ai memang penggemar bawal..sebelum ni beli tudung ruffle, bawal exclusive dan ba ...

Iols pun suka bawal tudung ruffle..br terjebak...tudung fazura pun iols ada beli...ok jgk....murah la banding tdung ruffle...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
SweetRehan replied at 27-1-2022 03:17 PM
Iols pun suka bawal tudung ruffle..br terjebak...tudung fazura pun iols ada beli...ok jgk....murah ...

I pun suke tudung ruffle.. Tudung die kemas.. Founder pun cntik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Fazsemput replied at 27-1-2022 05:02 PM
I pun suke tudung ruffle.. Tudung die kemas.. Founder pun cntik..

Ya pakai ruffle best. Material lebih lembut dan mudah je terletak. Xpyh iron
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 05:43 PM | Show all posts
masyuk ke jadi agent dia..i penah email kat website mintak details how nak jadi agent, teringin gak nak menjual ni..tapi takde response..nak email la balik
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 06:26 PM | Show all posts
belum ada walau sehelai pun tudung jenama fazura
tgu terbuka hijab murah rezeki dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu ke Jenni..aiyoo..so yesteryears la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.058239 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list