CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Tempatan] MotoGP: Marc Marquez uji jentera di Sepang

[Copy link]
Post time 27-1-2022 12:55 AM | Show all posts |Read mode
MotoGP: Marc Marquez uji jentera di Sepang
| | 26 Januari 2022


Marc Marquez FOTO: AFP

KUALA LUMPUR - Pasukan Repsol Honda MotoGP mengesahkan bekas juara dunia Marc Marquez akan menyertai Ujian Musim Sejuk 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 5 Februari ini.

Pasukan itu dalam satu kenyataan menyatakan, juara dunia enam kali dalam kelas premier itu telah dibenarkan untuk kembali beraksi di litar menggunakan jentera baharu Honda RC213V, untuk secara rasminya memulakan musim 2022 pada ujian pramusim bersama rakan sepasukan Pol Espargaro.

Pelumba Sepanyol berusia 28 tahun sebelum ini turun ke trek motocross, sebelum mencuba jentera Honda RC213V-s di Portimao, Portugal dan sebuah Honda CBR600 RR di Aragon, Sepanyol sebelum dibenarkan untuk kembali menggunakan jentera MotoGP buat pertama kali, kemenangan beliau di GP Emilia Romagna, Itali.

"Sepanjang musim sejuk, Marquez secara berterusan menjalani ujian dan konsultasi kesihatan bagi memantau keadaan diplopianya. Pada mingu-minggu terdekat ini, kondisi yang semakin baik telah memperlihatkan pasukan perubatannya menyatakan pemulihannya itu membolehkannya untuk kembali berlatih menggunakan jentera dua roda.

"Isnin lalu (24 Jan) Marquez menjalani satu lagi ujian kesihatan yang mengesahkan bahawa rawatan yang dilakukan merupakan satu kejayaan dan juara dunia lapan kali itu kini dalam keadaan sesuai untuk menunggang sebuah motosikal MotoGP,” menurut kenyataan tersebut.

Honda dalam kenyataan itu menyatakan selepas ujian di Sepang, Marquez akan ke Mandalika, Indonesia pada minggu berikutnya.
Marquez telah dilaporkan menghidapi masalah penglihatan berganda pada salah satu daripada matanya, selepas sebelum ini mengalami kerosakan saraf yang sama pada 2011 selepas kemalangan Moto2 di SIC. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-jentera-di-Sepang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061448 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list