CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Sarawak] TVS kini ditonton 8.1 juta penonton seluruh negara

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-1-2022 03:00 PM



KUCHING: Walaupun baru setahun mengorak langkah dalam dunia penyiaran, stesen televisyen pertama Sarawak, TVS milik Sarawak Media Group (SMG) menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

TVS yang mula bersiaran pada 10 Oktober 2020 kini berjaya meraih 8.1 juta tontonan di seluruh negara.

Bersiaran di saluran 122 Astro dan MYTV, serta di media sosial, TVS tampil dengan lima bahasa, iaitu Melayu, Melayu Sarawak, Inggeris, Iban dan Mandarin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Suhaimi Sulaiman, pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi sepanjang operasi sejak 2020, namun ia ditempuhi dengan ketabahan dan kesabaran.

“Kami akan menambah baik setiap rancangan atau kandungan dari semasa ke semasa,” kata Suhaimi .
Sebelum ini selebriti media itu pernah berkhidmat di Astro Awani, TV3, RTM dan Bernama. Malah beliau juga pernah menimba pengalaman berharga di luar negara, dengan agensi penyiaran paling popular di dunia, CNN.

Beliau berkata demikian ketika taklimat kepada rombongan akhbar Suara Sarawak (SV) dan New Sarawak Tribune (NST) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Sardon Zainol dalam kunjungan hormat ke pejabat TVS, di sini, pada Isnin seperti dilapor TVS.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara mengenai kerjasama kedua-dua pihak (SV/NST dan TVS). Sebelum ini, rombongan TVS turut mengunjungi pejabat SV/NST.

Kelebihan TVS, berbanding stesen televisyen di Semenanjung ialah, menyiarkan sebahagian besar isu-isu di segenap penjuru Bumi Kenyalang, yang jarang disiarkan steven televisyen di Semenanjung.

Antara program yang popular ialah Rezeki Air, Sejahtera Asia, Borak Teh C Peng, Tony Lapar serta drama bersiri yang membariskan majoriti pelakon tempatan Sarawak, bersama-sama pelakon dari Semenanjung.

Dengan slogan “Menginspirasi Duniamu” TVS merancang untuk meneroka berita menarik di Sabah dan Brunei.



sarawakvoice.com/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.076516 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list