CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

[Politik] Saksi jumpa Bung Moktar, Zizie Izette bincang pelaburan unit amanah

  [Copy link]
Post time 26-1-2022 10:54 PM | Show all posts |Read mode
Saksi jumpa Bung Moktar, Zizie Izette bincang pelaburan unit amanah


Bung Moktar bersama Zizie Ezette ketika di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - NSTP/OWEE AH CHUN


KUALA LUMPUR: Seorang perunding unit amanah memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bahawa beliau pernah berjumpa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata pertemuan di sebuah hotel pada awal 2014 itu diatur rakannya dikenali sebagai Nik Juliana, yang juga rakan Zizie Izette, dan turut dihadiri seorang lagi ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid.

Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata, pada pertemuan singkat selama 10 minit itu, beliau cuma sempat memaklumkan kepada Bung Moktar mengenai cadangan pelaburan untuk FELCRA yang boleh memberikan keuntungan lebih besar berbanding deposit tetap.

"Saya tidak sempat membuat pembentangan kertas cadangan pelaburan unit amanah Public Mutual," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan Zizie Izette di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Ditanya Mohd Sophian apakah maklum balas Bung Moktar selepas itu, saksi menjawab "ketika itu, tiada sebarang maklum balas kerana Datuk (Bung Mokhtar) hendak cepat menunaikan solat Zuhur."

Norhaili berkata, selepas gagal mendapat maklum balas daripada Bung Moktar, beliau menyampaikan hasrat itu kepada Zizie Izette dan pelakon berkenaan berkata "saya cuba."

Menjawab soalan Mohd Sophian berapa lama perjumpaan mereka dengan Zizie Izette, saksi itu berkata "saya tidak pasti berapa lama sebab waktu itu waktu bekerja dan kami mempunyai janji temu lain… kami tidak minum air pun."

Selepas perjumpaan itu, beliau menghubungi Nik Juliana meminta pertolongan untuk mengadakan pertemuan lain dengan Bung Moktar bagi membentangkan kertas cadangan berkenaan.

"Saya minta kepada Nik Juliana bercakap dengan Zizie Izette bagi mengadakan pertemuan lain," katanya sambil menambah beliau mengenali Zizie Izette sebagai selebriti dan isteri Bung Moktar pada 2013 melalui Nik Juliana.

Norhaili akan menyambung keterangannya esok.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 64, yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari hingga jam 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... laburan-unit-amanah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.240866 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list