CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Jenayah] Pasangan kekasih antara empat ditahan edar dadah

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan kekasih antara empat ditahan edar dadah




KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu termasuk sepasang kekasih yang disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah di sekitar ibu negara dalam tangkapan berasingan di ibu negara, bermula semalam.

Tangkapan suspek pertama membabitkan lelaki tempatan berusia 27 tahun di tempat parkir sebuah pusat beli-belah di Cheras pada jam 9.25 malam.

Menerusi tangkapan itu, polis turut merampas dadah menthamphetamine seberat 1.05 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM36,000 yang ditemui dalam kereta milik suspek.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata hasil soal siasat ke atas lelaki itu, polis menahan dua lagi suspek terdiri daripada dua wanita berusia 20 dan 25 tahun di pintu masuk pusat beli-belah berkenaan pada jam 9.40 malam.

"Pada jam 1 pagi tadi, dengan dipandu arah suspek pertama, pasukan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Cheras menahan suspek keempat berusia 24 tahun di Batu 2 Cheras.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek kedua, ketiga dan keempat, kita tidak menemui sebarang barang salah," katanya dalam kenyataan, hari ini

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek pertama adalah kekasih kepada suspek kedua, manakala suspek keempat adalah abang kandung kepada suspek kedua dan sudah berkahwin.

"Suspek pertama bekerja sebagai peladang, suspek kedua berniaga baju manakala suspek ketiga penganggur. Suspek keempat pula seorang penjawat awam yang kini dalam tempoh tahan kerja.

"Keempat-empat suspek berasal dari negeri sama di utara dan menyewa sebuah apartmen mewah di pusat bandar sementara pengedaran dadah dibuat di sekitar ibu negara," katanya.

Siasatan turut mendapati kesemua suspek bergerak di sekeliling pusat bandar dengan menggunakan satu kenderaan yang ditahan bersama suspek pertama.

"Semakan mendapati suspek keempat mempunyai dua rekod jenayah narkotik dan hasil ujian saringan awal urin, kesemua suspek didapati negatif dadah," katanya.

Keempat-empat suspek direman enam hari sehingga 31 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -ditahan-edar-dadah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.060902 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list