CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Sarawak] Remaja mengaku ceroboh masuk rumah sewa

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:32 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan menceroboh masuk sebuah rumah sewa pada Isnin lalu.

Majistret Zaiton Anuar bagaimanapun menetapkan kes disebut semula pada 1 Mac depan untuk mendengar laporan sosial tertuduh memandangkan tertuduh merupakan pesalah muda.

Sementara menunggu tarikh tersebut, tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM3,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Tertuduh didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki tingkat pertama sebuah rumah sewa jenis kedai empat tingkat di Jalan Matang, di sini pada 23 Januari lalu, jam lebih kurang 10 malam.

Berdasarkan fakta kes, penyewa rumah tersebut (pengadu) terserempak dengan tertuduh yang keluar daripada rumah sewanya pada hari kejadian.

Pengadu kemudiannya menangkap lelaki tersebut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pengadu berbuat demikian susulan dia mengesyaki tertuduh memecah masuk salah satu bilik di sana pada hari sebelumnya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.083394 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list