CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1762|Reply: 3

[SEJARAH] Sebelum Kedatangan Tulisan Jawi, Rencong Tulisan Terawal Orang Melayu & Kini Sudah Pupus!

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum Kedatangan Tulisan Jawi, Rencong Tulisan Terawal Orang Melayu & Kini Sudah Pupus!




Siapa kata orang Melayu tiada tulisan ciptaan bangsa mereka sendiri? Sebelum tulisan Rumi digunakan dalam persuratan bahasa Melayu, orang-orang Melayu pernah menggunakan sekurang-kurangnya empat jenis tulisan iaitu Rencong, Kawi, Palava dan Jawi.

Antara keempat-empat tulisan tersebut, hanya tulisan Rencong sahaja yang dikenal pasti sebagai tulisan Melayu yang asli.

Tetapi sayang, tulisan Rencong, Kawi dan Palava telah lama pupus manakala Jawi pula dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).

‘Aksara Rencong’ ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.

‘Rencong’ adalah perkataan Melayu yang bererti ‘serong’ dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong.

Aksara Rencong didapati telah wujud lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi).

Aksara ini juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad keenam masihi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera.

Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ketiga masihi lagi.

Aksara ini dicipta oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai.

Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia.

Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno.

Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang dicipta oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu.

Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-bata (termasuk batu bersurat).

Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik cuba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam.

Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari al-Quran dan hadis secara tepat.

Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk mengabaikan terus ketiga-tiga tulisan tersebut.

Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik cuba mengeksperimennya ke atas huruf-huruf Arab dengan mengejanya dalam bahasa Melayu.

Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan diguna pakai dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik.

Walau bagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang), kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

SumbeR:https://demimalaiu.com/sebelum-k ... u-kini-sudah-pupus/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:47 AM | Show all posts
wahhh nice info. tq!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 04:05 PM | Show all posts
Rugi orang Melayu tinggalkan tulisan rencong convert pegi jawi.
Sekarang jawi pulak kena abaikan sebab dah pakai rumi.

Tulisan Jawa & terutama Siam masih ada sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh uniknya. Tq good info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.473168 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list