CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1087|Reply: 0

[SEJARAH] 4 Sebab Pembuatan Gasing Lambang Orang Melayu Genius Dalam Bidang Fizik!

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:25 PM | Show all posts |Read mode
4 Sebab Pembuatan Gasing Lambang Orang Melayu Genius Dalam Bidang Fizik!




Menguasai pengetahuan alam yang melibatkan kajian mengenai gerakan objek, ruang, masa, tenaga dan daya membawa erti kita menguasai ilmu fizik.

Geniusnya orang Melayu biar pun tidak belajar subjek fizik di sekolah seperti kebanyakan masyarakat hari ini, mereka sudah pun cemerlang dengan fizik.

Di mana dan apa buktinya? Jawapannya adalah menerusi pembuatan gasing yang sekadar dianggap sebagai permainan tradisonal segelintir masyarakat.

JENIS-JENIS KAYU

Gasing tradisional asalnya banyak dibuat menggunakan kayu-kayu terpilih. Antara kayu-kayu yang sering digunakan adalah seperti merbau (sympetalandra borneensis), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau dan kempas.

Selain itu, kayu-kayu daripada pokok sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji (cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras zapota) dan kayu asam jawa juga dianggap bahan terbaik membuat gasing.

STRUKTUR GASING

Gasing memiliki empat bahagian utama yang dipanggil kepala, leher, badan dan buritan gasing. Bahagian leher sedikit berlekuk dan tujuannya adalah untuk melilit tali gasing.

Pada bahagian buritan gasing itu ada satu besi yang dijadikan sebagai paksi untuk menjaga keseimbangan putaran gasing di atas tanah atau lantai.



Namun pada zaman dahulu kala, orang Melayu mana mesin khas untuk menghasilkan gasing. Kebanyakan orang Melayu menghasilkan gasing menggunakan teknik melarik.

Bayangkan betapa genius dan telitanya orang-orang Melayu kita dahulu, biar pun hanya menggunakan tangan untuk melarik, gasing tetap seimbang dan mampu berputar lama.

KAEDAH MELARIK KAYU

Sebelum kerja-kerja melarik dibuat, tukang gasing akan membenamkan besi pada kayu untuk dijadikan paksi dengan tujuan keseimbangan dari segi bulatan boleh dibuat dengan sempurna.

Kayu terpilih akan dilarik menggunakan alat pelarik dan tukang gasing akan memulakan kerja-kerja menghasilkan gasing berdasarkan saiz dan bentuk yang diingini.



Setelah mendapatkan bentuk asas, tukang gasing akan melilitkan timah pada kepak gasing yang bertujuan menambahkan beratnya dan kadang-kala boleh mencecah sehingga lima kilogram.

Untuk menambahkan kecantikan pada gasing, ada segelintir tukang gasing memasang tanduk kerbau pada bahagian kepala gasing lalu dikilatkan dengan varnis.

Namun untuk aksesori tambahan ini, biasanya ia cuma terdapat pada gasing leper atau gasing uri sahaja untuk mendapatkan permainanan yang lebih menyeronokkan.

ORANG MELAYU GENIUS

Sehubungan itu mengapa orang Melayu layak dianggap genius salah satunya dalam bidang fizik? Berikut adalah jawapannya yang perlu didedahkan kepada orang awam:

Hanya gunakan tangan dan peralatan tradisional untuk melarik kayu
Daripada larikan kayu, tukang gasing tahu cara untuk seimbangkan gasing
Permainan gasing dianggap sebagai sesuatu yang tradisional dan warisan orang Melayu
Menguasai ilmu fizik dari segi mengawal saiz, bentuk dan paksi dalam pembuatan gasing
Apa pendapat anda mengenai tahap geniusnya orang Melayu dahulu-kala dalam proses menghasilkan gasing sehingga pelancong luar pun kagum melihatnya!

Sumber:https://demimalaiu.com/4-sebab-p ... dalam-bidang-fizik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054506 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list