CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur dipenjara dan denda kerana ugut bunuh bapa, khianat

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:22 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara empat minggu dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana melakukan ugutan bunuh terhadap bapa kandungnya dan perbuatan khianat.
   
Tony Ali, 29, dari Nanga Kemali, Kapit didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh bapa kandungnya, Ali Butot, 64, sekiranya enggan memberikannya duit.
   
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 petang, 22 Januari lalu di sebuah lot di Lorong 5 Sungai Rait di sini.
   
Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu tuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat dengan cara merosakkan pintu bilik, kerusi dan kotak peti surat milik bapanya.
   
Seksyen 427 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
   
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.
   
Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.
   
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat minggu. Manakala bagi kesalahan kedua, tertuduh didenda RM2,000 atau dua bulan penjara.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


utusanborneo.com.my/2022/01/26

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.061477 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list