CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Sabah] Saringan kontak rapat, punca kenaikan mendadak kes di Sabah

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-1-2022 02:19 PM



KOTA KINABALU: Peningkatan saringan positif yang agak tinggi dalam kalangan kontak rapat menjadi punca kenaikan mendadak kes COVID-19 di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata, berdasarkan laporan dan statistik harian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah tinggi kes-kes baharu dari kluster yang aktif turut menjadi punca kenaikan kes.

Menurutnya, jumlah kes harian di Sabah yang direkodkan semalam melonjak lebih dua kali ganda iaitu 314 kes berbanding hanya 118 kes pada Isnin.

Katanya, sebanyak 64 kes baharu berkenaan direkodkan dari kluster aktif dan 143 kes lagi dalam kalangan kontak rapat.

"Empat daerah mencatatkan angka jangkitan baharu yang agak tinggi iaitu Sandakan 68 kes, Kota Kinabalu 61 kes, Beaufort 39 kes, dan Tuaran 34 kes.

"Secara keseluruhan, terdapat sembilan daerah mencatat kes baharu dua angka, 14 daerah dengan catatan satu angka dan empat daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 143 kes dari saringan kontak rapat.

Sehubungan itu katanya, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan biarpun pelbagai seruan dan saranan dilakukan kerajaan.

Dalam pada itu jelasnya, satu kluster baharu iaitu kluster institusi pendidikan direkodkan membabitkan Kluster Jalan Sri Balung Tawau.

Masidi berkata, kluster berkenaan melibatkan pelajar asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung iaitu kes indeks pelajar lelaki Tingkatan 4 yang mula bergejala sejak 19 Januari lepas.

"Saringan yang dibuat di klinik kesihatan pada 21 Januari 2022 mendapati kes indeks positif COVID-19 RTK AG sebelum dikuarantin dan diberikan rawatan lanjut.

"Hasil saringan ke atas 38 kontak rapat mengesan 14 kes baharu, manakala 22 lagi masih menunggu keputusan ujian dan satu lagi ujian saringan didapati negatif.

"Ini menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 18 kes yang terdiri daripada pelajar SMK Balung. Semua pesakit dikategorikan sebagai bergejala ringan (kategori satu dan dua) dan dikuarantin serta diberikan rawatan yang sesuai," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.415248 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list