CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 523|Reply: 1

Shilpa Shetty bebas tuduhan berkelakuan lucah

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Shilpa Shetty bebas tuduhan berkelakuan lucah


SHILPA Shetty. FOTO AFP

Mumbai: Aktres India, Shilpa Shetty dibebaskan daripada tuduhan berkelakuan lucah apabila dicium secara terbuka oleh bintang Hollywood Richard Gere dalam satu acara kesedaran Aids, 15 tahun lalu.

Insiden itu mencetuskan ketegangan dalam kalangan kumpulan radikal yang membakar patung selebriti sebagai bantahan terhadap tindakan itu yang dianggap sebagai penghinaan terhadap nilai masyarakat India.

Seorang hakim tidak lama kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap selebriti itu atas tuduhan melakukan perbuatan tidak lucah dan tidak senonoh.

Tuduhan terhadap Gere kemudian tidak diteruskan dan pelakon itu dibenarkan kembali ke India untuk bertemu pemimpin tertinggi Buddha, Dalai Lama.

Namun pertuduhan terhadap Shetty diteruskan lebih sedekad, sebelum pelakon itu akhirnya hanya dibebaskan oleh mahkamah pada minggu lalu.

Hakim berkata, pertuduhan terhadap aktres itu tidak berasas dan bahawa dia tidak mengetahui tindakan Gere.

"Ini menunjukkan Shilpa Shetty adalah mangsa kepada tertuduh pertama," kata penghakiman itu pada Selasa.

Insiden pada 2007 itu berlaku apabila Gere secara spontan mencium tangan Shetty sebelum memeluknya.

Ciuman itu dilakukan sekali lagi pada pipi ketika mereka berada di pentas.

Peguam bela mewakili Shetty berkata, keseluruhan kes bersandarkan fakta bahawa 'dia tidak membantah apabila dia dicium oleh tertuduh.

Shetty, 46, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan mahkamah itu.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... n-berkelakuan-lucah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:51 AM | Show all posts
sblm ni babak2 cium tu bukan perkaa biasa ke dlm industri diorang. ape beza berlakon ngn real..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063937 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list