CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut dalam pertembungan dua kenderaan

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:10 PM | Show all posts |Read mode


BERTEMBUNG: Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas pertembungan di Batu 17 Kampung Kobulu Jalan Sook di sini.

KENINGAU: Seorang lelaki maut dalam pertembungan membabitkan dua kenderaan di Batu 17 Kampung Kobulu Jalan Sook di sini kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.54 petang sebelum menggegaskan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis sedan yang dinaiki keseluruhan lima individu.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan seorang mangsa lelaki berumur 23 tahun yang tersepit di salah sebuah kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Menurutnya mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata empat lagi mangsa berumur 24 hingga 57 tahun berjaya keluar sendiri dari kenderaan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sook oleh pihak ambulans untuk menerima rawatan selanjutnya.

Tambahnya sebaik memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi, operasi keseluruhan ditamatkan jam 5.48 petang.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058559 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list