CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sabah] Terus pelihara identiti warisan bangsa

[Copy link]
Post time 26-1-2022 10:07 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Japlin (duduk tengah) dan Shamsuddin (kiri) bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandarya Kota Kinabalu semasa kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Kekayaan identiti warisan bangsa dan budaya masyarakat perlu dipelihara bagi memastikan kelangsungan etnik pribumi kekal diketahui generasi baharu.

Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah Datuk Japlin Akim berkata, di samping kerancakan dalam membangunkan negeri, kepentingan adat dan budaya jangan diabaikan.

Katanya, budaya adalah aspek penting dalam kehidupan yang melambangkan identiti sesuatu bangsa, suku kaum dan etnik agar terus dipelihara dan dimartabatkan untuk kepentingan rakyat serta generasi akan datang.

"Perjuangan mempertahankan identiti kita harus diteruskan demi keperluan generasi akan datang.

"Generasi muda perlu mempertahankan keunikan budaya yang ada sebagai teras kepada keharmonian kaum sejak dahulu lagi," katanya semasa kunjungan hormat Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu di sini semalam.

Beliau berkata, menerusi perpaduan dan kesatuan rakyat yang berbilang kaum dan etnik, kerajaan akan dapat memacu transformasi pembangunan negeri ke tahap kejayaan yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, pihaknya berharap supaya persatuan berkenaan dapat terus memelihara dan memartabatkan budaya ini serta mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian sesama rakyat.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu Shamsuddin Awang Aman berkata, cawangan berkenaan ditubuhkan sejak 2017.

Katanya, misi dan visi persatuan adalah untuk menaikkan martabat bangsa Bajau Samah di Sabah sekali gus mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan serta mengekalkan budaya tradisional.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.087026 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list