CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Sabah] 49 kes kebakaran sepanjang tempoh perayaan tahun lalu

[Copy link]
Post time 26-1-2022 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-1-2022 02:00 PM



PROGRAM: Salah seorang kakitangan premis di sekitar pusat bandaraya menerima panduan bahaya kebakaran daripada JBPM.

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan 49 kes kebakaran sepanjang tempoh seminggu sebelum dan selepas perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun lalu.

Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata jumlah itu bagaimanapun dilihat menurun sebanyak 98 kes berbanding 147 kes pada tahun 2020.

Katanya bulan perayaan menjadi fokus jabatan berikutan perayaan besar ini menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan lebih banyak aktiviti di rumah.

“Kemalangan kenderaan juga insiden yang perlu diberi perhatian sepanjang tempoh perayaan dan pihak JBPM menasihatkan agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati, bertimbang rasa serta memandu dengan bertanggungjawab di jalan raya.

“Statistik menunjukkan 13 kes pada 2020 termasuk tujuh kecederaan sebelum perayaan dan 14 pada tempoh selepas perayaan.

“Bagi tahun lalu pula merekodkan tiga kematian dan enam kecederaan sebelum manakala tiga kecederaan selepas perayaan,” katanya.

Katanya 90 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri seperti tidak sabar dan memandu secara melulu sehingga membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran kempen kesedaran keselamatan kebakaran sempena perayaan Tahun Baru Cina 2022.

Md Ali berkata program terbabit adalah usaha konsisten jabatan dalam memberi pendidikan kepada masyarakat tentang bahaya kebakaran.

Katanya JBPM juga ingin mewujudkan kesedaran kepada masyarakat bahawa usaha ini bukan terletak pada kerajaan semata-mata tetapi perlunya penglibatan bersama pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat itu sendiri.

“Program dilaksanakan melalui konsep “smart partnership” bersama kakitangan premis di sekitar pusat bandaraya ini sebagai satu program pencetus kepada usaha yang hampir sama di peringkat zon dan daerah selepas ini.

“Kita ingin menyampaikan mesej utama dalam meyakinkan orang awam bahawa usaha mencegah kebakaran memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutamanya masyarakat.

“Peranan ini bermula dengan sikap lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan setiap kali mengendalikan aktiviti berkaitan penggunaan bahan api terutamanya ketika berada di rumah dan bangunan,” katanya.

Menurutnya usaha ini menunjukkan keberkesanan apabila insiden kebakaran bangunan menunjukkan pengurangan sebanyak 27.73 peratus pada 2021 berbanding tahun 2020.

Katanya penurunan insiden kebakaran melibatkan bangunan pada tahun 2021 menunjukkan sesuatu yang positif kepada jabatan.

“Sebagai langkah yang proaktif dalam usaha menghadapi dan menangani sebarang tragedi yang berlaku semasa musim perayaan ini, JBPM melaksanakan satu tindakan pengawalan dan pemantauan dalam memberi khidmat operasi menyelamat dengan cepat, pantas dan berkesan.

“Usaha ini bersesuaian dengan peranan Jabatan sebagai sebuah agensi penyelamat utama negara,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.083824 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list