CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Sabah] Penunggang maut motosikal dirempuh kereta

[Copy link]
Post time 26-1-2022 09:55 PM | Show all posts |Read mode


PERTEMBUNGAN: Pasukan perubatan berada di lokasi kejadian selepas kemalangan.

BELURAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 4 Jalan Telupid- Ranau pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim bin Muda berkata kejadian jam 11.30 pagi membabitkan penunggang motosikal yang dikenalpasti sebagai Mohd Shafiq Mohd Jaip, 27.

Katanya kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Kinabatangan bersama seorang rakannya.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kenderaan jenis sedan secara tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal dinaiki mangsa.

“Impak pelanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Telupid.

“Pembonceng motosikal hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tambahnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu kereta terbabit ditahan di Balai Polis Telupid untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.637688 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list