CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sabah] Perpaduan kaum penting, jamin kestabilan ekonomi, politik

[Copy link]
Post time 26-1-2022 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-1-2022 01:52 PM



AGIH: Awang Aslee bersama rombongan menyerahkan sumbangan buah limau dan kad ucapan di salah sebuah rumah ibadat di Pekan Menumbok.

BEAUFORT: Perpaduan kaum adalah elemen penting dan harus diberi perhatian bagi memastikan kestabilan ekonomi serta politik dalam hubungan etnik masyarakat majmuk di negara ini.

Ketua UMNO bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara.

Katanya dalam mencapai kemajuan terbabit, negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci serta senjata utama dalam menghadapi pelbagai ancaman mahupun cabaran agar negara dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Dalam kebanyakkan negara, persengketaan antara kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama membawa peperangan yang berlarutan sekaligus menyekat pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan,” Katanya ketika ditemui selepas mengagihkan sumbangan kepada golongan peniaga di Kuala Penyu dan Menumbok di sini.

Sehubungan itu Awang Aslee berharap perayaan sambutan Tahun Baharu Cina akan dijadikan asas untuk memperkukuh perpaduan pelbagai kaum di negeri ini melalui konsep Keluarga Malaysia walaupun perayaan tersebut sinonim dengan masyarakat Cina.

“Sabah adalah ikon kepada perpaduan kaum di negara ini berikutan semangat kekeluargaan dalam setiap perayaan masih terpelihara dan perlu dipertahankan walaupun masyarakat negeri ini terdiri dari pelbagai bangsa,budaya dan agama.

“Malaysia kini berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar.

“Negara juga amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa pada masa kini,” katanya.

Katanya sikap tidak puas hati, kesangsian dan sikap curiga antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan.

Beliau berkata tindakan ini pada akhirnya hanya merugikan negara sendiri dan membazirkan usaha yang sudah dilaksanakan pemimpin terdahulu dan sekarang.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.197163 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list