CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 1

[Sabah] Bekas pengurus kanan ditahan terima suapan bernilai RM170,000

[Copy link]
Post time 26-1-2022 09:38 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung kes suapan yang dianggarkan bernilai RM170,000.

Menurut sumber lelaki berumur 51 tahun terbabit  ditahan kira-kira jam 9.30 pagi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah di sini semalam.

Katanya suspek difahamkan menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan pengubahsuaian rumah miliknya yang dianggarkan bernilai RM170,000 daripada kontraktor.

Tambahnya tindakan itu sebagai balasan untuk melancarkan segala tuntutan bayaran bagi kerja yang dilakukan oleh kontraktor tersebut.         

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy (gambar) ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam masa terdekat.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 09:27 AM | Show all posts
ada beri...kerja laju....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.068154 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list