CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Sarawak] Op Tapis: Lapan diberkas, empat kenderaan bernilai RM67,000 disita di Limbang

[Copy link]
Post time 26-1-2022 08:52 PM | Show all posts |Read mode


LIMBANG: Polis menyita empat buah kenderaan dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah bernilai RM67,000 serta menahan lapan individu menerusi Op Tapis di daerah ini antara Jumaat hingga Ahad lalu.

LIMBANG: Polis menyita empat buah kenderaan dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah bernilai RM67,000 serta menahan lapan individu menerusi Op Tapis di daerah ini antara Jumaat hingga Ahad lalu.

Dalam operasi dijalankan dua pegawai dan tujuh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang yang diketuai oleh ASP S.Robert Santhanam itu, polis menahan lapan individu berusia 30-an hingga 50-an tahun kerana disyaki menyalahgunakan dan mengedar bahan terlarang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot (gambar) berkata operasi dijalankan di kawasan Jalan Kubong, kawasan Pabahanan dan di kawasan Bukit Hitam.

“Selain merampas dan menyita empat buah kenderaan yang dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah dianggarkan bernilai RM67,000, kita juga berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 0.24 gram dianggarkan bernilai RM50 dalam operasi sama,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Parum turut memberitahu seorang lelaki berusia 30-an turut ditahan atas kesalahan memberi atau menerima suapan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dengan merampas pelbagai wang tunai bernilai RM 5,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 serta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan Akta SPRM 2009.

Parum berkata Op Tapis BSJN IPD Limbang, akan diteruskan secara berterusan dari semasa ke semasa yang melibatkan aset-aset Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara maksimum.

Beliau turut mengesa orang awam terus bekerjasama dengan polis dan penguatkuasa dalam menyalurkan maklumat kegiatan dadah supaya tindakan pembanterasan dadah secara berterusan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.


utusanborneo.com.my/2022/01/26
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.064675 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list